Mei 08, 2009
Keluarga Artis : Kes Norish, Hashimuddin buntu
PETALING JAYA 7 Mei - Proses rundingan bagi menyelesaikan kes secara baik (sulh) membabitkan tiga isu berkaitan nafkah anak-anak pelakon Norish Karman dengan bekas suaminya hari ini menemui jalan buntu.
Prosiding yang didengar oleh seorang pegawai sulh di sebuah bilik Mahkamah Rendah Syariah di sini gagal mencapai matlamat kerana tiada kata sepakat dicapai.
Isu berkaitan nafkah anak sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga anak telah dibawa ke meja rundingan sulh pada awalnya bagi tujuan perkara itu dapat diselesaikan secara baik.
Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman turut menuntut supaya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir menjelaskan bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 bagi bayaran gaji pembantu rumah yang menjaga anak-anak mereka.
Peguam syarie Akbardin Abdul Kader ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, beliau difahamkan oleh Norish bahawa disebabkan tiada penyelesaian maka isu berhubung nafkah tiga anaknya akan diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Kes berkenan dijadualkan disebut di mahkamah berkenaan pada 17 Jun ini. Tarikh yang sama juga ditetapkan untuk sebutan kes hak penjagaan ketiga-tiga anak pasangan itu.
Menurut peguam itu, Hashimuddin selaku responden menolak sama sekali permohonan Norish berhubung ketiga-tiga tuntutan tersebut.
Norish dalam tuntutannya memohon perintah agar Hashimuddin membayar nafkah sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga cahayamata hasil perkongsian hidup mereka.
Norish, 35, dan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, Negeri Sembilan telah bernikah pada 11 Januari 1998 di Perlis sebelum bercerai secara sah pada 15 Julai 2008.
Mereka dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Haqiem Armany, sembilan tahun; Hardy Amieran, lima tahun dan Putri Hanyz Amanda, empat tahun.
Pelakon berasal dari Singapura mula dikenali ramai menerusi filem Sayang Salmah.
Labels:
awek seksi,
gossip,
Nora Danish,
seksi girls,
Sembang,
Weeding