Mei 26, 2009
(Gossip) SYAMSUL YUSOF bengang kat ZED ZAIDI
Syamsul Yusof anggap Zed Zaidi sebagai 'kawan makan kawan' dan menikam dari belakang
AKTOR popular, Zed Zaidi 'membelasah' pengarah muda, SyamsulDatuk Yusof Haslam di laman blog! Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja Zed meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Syamsul dengan melabelnya sebagai seorang yang 'pra tak matang' dan 'muka nak minta penumbuk'!
Menerusi zedzaidi.blogspot.com, Zed mendakwa dia pernah ada 'kes' dengan Syamsul suatu ketika dulu. Selain itu, dia juga menganggap Skop Productions masih relevan tanpa Syamsul.
Justeru, Syamsul hadir di Balai Berita, petang Isnin lalu untuk melahirkan rasa kecewanya terhadap Zed apabila menganggap pelakon yang pernah bekerja dengannya dalam drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih itu umpama 'kawan makan kawan'! Tambah Syamsul, mereka tidak pernah ada masalah sebelum ini dan dia tidak faham, kenapa Zed sanggup berbuat begitu di laman blognya.
"AWALNYA saya sendiri tak tahu Zed ada menulis dalam blognya mengenai saya.Sehinggalah ada seorang wartawan menghubungi saya dan bertanya, samaada saya ada masalah dengannya atau tidak, barulah saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Apabila saya sendiri membaca blog berkenaan,memang terkejut, bukan saya saja yang dia kutuk, tapi termasuklah Mawi!
Bagi saya, ini satu perbuatan yang melampau! Saya tak adaapa-apa masalah dengan Zed, tapi kenapa dia buat macam tu? Blog itu ditulis berdasarkan perjumpaan saya dan Zed pada malam Anugerah BintangPopular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April lalu. Saya berkawandengan semua orang termasuklah Zed. Dalam blog itu pun, Zed ada tulis,saya menegurnya pada malam ABPBH2008 dengan cara baik.
Selepas itu aku berjalan lagi, jumpa pula si Syamsul Yusof Haslam. Ni seorang lagi Mamat yang aku tak berkenan dengan perangai yang 'pra tak matang'. Buat orang kalau tengok muka dia memang 憁uka nak minta penumbuk!? (Syamsul membacakan sebahagian petikan blog berkenaan). Ooh, geramnya saya!
Nasib baiklah dia jumpa aku kat ABPBH2008, dia tak kurang ajar! (Syamsul membacakan sebahagian lagi blog berkenaan) Apa hal saya nak kurang ajar pula? Bagi saya, Zed ada isu dengan dirinya sendiri!Kalau dia kata ini satu kritikan, saya tak setuju, ini bukan kritikan!Saya bukannya jenis orang yang tak boleh terima kritikan, saya berfikiran terbuka.
Biasalah, dalam kita melayari kehidupan, bukan semua orang suka dengan kita, ada juga yang tak suka. Saya anggap, kalau ada orang yang tak suka dengan saya, itu lumrah. Yang jadi masalahnya sekarang,Zed dah tulis macam-macam mengenai saya dalam blog dan dia tahu, blog semua orang boleh baca. Tuan empunya badan seperti saya dan Mawi akan baca, jadi bagi saya, Zed seolah-olah mencabar saya!
Zed nak tengok apa yang kami boleh buat. Ada yang bertanya,kenapa Zed kutuk artis dalam blog sendiri, dia boleh kata, peduli apa,ini blog dia, suka hati dialah! Perkara ini silaplah. Mengkritik tak semestinya benci, cuma menegur kesilapan orang yang buat benda takbetul (Syamsul membacakan lagi sebahagian petikan blog Zed). Apa maksud Zed?
Saya tak faham apa yang dimaksudkannya. Pertamanya, apabila dia kata mengkritik, benda tu dah tak betul. Bagi saya, ini bukan kritikan, tapi satu luahan emosi secara peribadi, apa yang dia rasa sebenarnya terhadap saya selama ini! Tapi, apabila Zed mendakwa saya 'pra tak matang', 'muka nak minta penumbuk', saya darah dah naik, dapat 'darah tinggilah'!
Zed juga dalam blognya mendakwa saya pernah ada 慿es抎engannya dulu. Apa 'kes' itu, tanyalah dia sendiri. Bagi saya,sepanjang mengenalinya, saya tak pernah ada apa-apa masalah dengannya.Kami pernah bekerjasama ketika saya mengarah drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih suatu ketika dulu. Lama saya bekerja dengannya, adalah dalam dua, tiga tahun. Kami bekerja dan berkawan.
Kalau Zed kata saya ada 'kes' dengan dia, saya tak nampak,apa 'kes' yang dimaksudkannya. Sebagai pengarah drama, saya pernah memarahinya di lokasi, tapi bagi saya, itu perkara biasa. Kami kadang-kadang berlainan pendapat, itu biasa, tapi bukan kepada Zed seorang saja, artis lain pun, kalau tak betul, saya tegur, marah. Dalam kita bekerja, benda tu adat, kita harus profesional. Yang penting kerjajalan, di luar set, kita kawan!
Sedih dan kecewa tindakan Zed
Bagi saya, apabila Zed mendakwa saya 'pra tak matang', 'mukanak minta penumbuk', dia tak profesional. Kenapa dia nak bawa perkara di dalam set, keluar? Sebelum ABPBH2008 lagi, apabila saya jumpa Zed diluar, kami bertegur sapa. Apabila bertemu dengannya di ABPBH2008, saya buat perkara yang sama, saya tegur dia cara baik dan dia mengakuinya dalam blog! Kenapa saya nak kurang ajar dengan dia, memang kami kawan!
Tapi, dalam saya tegur dia cara baik itu, dia masih kutuk dalam blog. Dalam situasi marah ketika ini, saya tetap berasa sedih dengannya. Saya anggap dia kawan yang tikam dari belakang! Selepas membaca kutukan Zed di dalam blognya, saya ada kirim SMS kepadanya,bertanya kenapa dia buat saya macam ini. Apa salah saya padanya? Macam ini ke kawan?
Tapi, saya dapat balasan SMS yang agak mengejutkan daripadanya: 慠eleks bro, permainan artis. Kontroversi. Sama-sama dapat nama. Mengkritik tak semestinya membenci bro.? Apa benda? Daripada SMS berkenaan, dapat dibuat rumusan, dia ni nak nama ke? Ini bukan caranya,dia nak dapat nama dengan cara mengutuk artis, memburuk-burukkan nama kawan sendiri.
Artis sendiri dah banyak dihentam pihak luar, ini kalauartis hentam artis, benda ni dah tak sihat. Mawi yang bagi saya cukupbaik, pun dia kata Mawi ni berlagak dengan dia. Dalam blog dia tulis,apabila Mawi tegur dia, puji lakonan dia, baru dia okey dengan Mawi!Agaknya apabila saya puji dia, baru dia tak kutuk saya macam ni.
Memang kita ada saingan, tapi kita bersaing secara sihat.Kita nak jadi yang lebih baik. Profesional, buktikan dengan kerja!Bukan dengan cara mengutuk di dalam blog, silaplah! Saya berkawandengan Zed dah lama, apabila terjadi perkara seumpama ini, dia adamasalah dengan dirinya sendiri! Isunya, saya tengok dia tak boleh orang lebih daripadanya. Bagi saya, namanya tak pernah tenggelam.
Mungkin dia tak boleh terima, saya mengarah filem, berjaya,entahlah, saya tak tahu. Tapi, ini bukan caranya. Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak pada Zed. Saya bukan nak bergaduh. Cuma saya sedihdan janganlah buat macam ini lagi.
Seperkara lagi, dalam blog Zed juga mendakwa, Skop Productions masih relevan tanpa saya. Maksudnya kalau saya tak ada di Skop pun, tak apa. Bagi saya, kata-kata seperti itu menggambarkan seseorang yang busuk hati! Lainlah kalau saya ada buat masalah dengan produksi ayah saya sendiri. Saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak, sebagai pekerja di Skop Productions, saya mengarah filem,alhamdulillah filem saya berjaya, dia kata saya tak relevan!
Zed boleh tulis apa saja dalam blognya, tapi mesti ada batasannya, sensitiviti orang lain kena jaga. Kepada Zed Zaidi,berhentilah dari menjadi orang yang busuk hati. Apabila kita berkawan,biar ikhlas. Cukup-cukuplah kutuk saya, Mawi dalam blognya. Saya harap Zed berubah. Bagi saya, apabila Zed minta maaf, saya terima, selesai,habis cerita. Kita boleh terus berkawan, industri kita ni kecil saja."