Mei 10, 2009

(Akademi Fantasia) Kemasukan Semula Aril Sudah Dijangka

Seperti yang sudah dijangka’kan bahawa Aril yang sebelum ini telah tersingkir diserap masuk semula melalui undian AFMASUK. Keputusan AFMASUK itu yang diumum’kan oleh AC Mizal malam tadi memihak kepada Aril yang telah di’undi oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Kemasukan semula Aril itu juga turut menamatkan spekulasi pelajar manakah yang bakal menyertai semula Akademi. Aril yang sering kali di’lihat memberi persembahan yang energetik, kreatif dan penuh tersendiri itu telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan bakat yang ada pada’nya dengan semaksimum mungkin pada konsert final ini.

Dalam pada itu juga, 4 pelajar yang membuat persembahan pada malam tadi telah mempersembahkan tugasan mereka dengan begitu cemerlang sekali. Para pelajar diberi 2 tugasan dengan menyampai sebuah lagu berbahasa Inggeris.

Akim ditugaskan membawakan lagu (Larut/Dewa 19, I’M Yours/Jason Mraz), Yazid, (Aku Skandal/Hujan, Where The Street Have No Name/U2), Hafiz (I Believe I Can Fly/Hafiz, Laskar Pelangi/Nidji) dan Isma Hot & Cold/Katty Perry/Aku PAsti Datang/Bunga Citra Lestari).

P/s.. kita saksikan’lah siapa yang bakal menjadi Juara AF7. Jangan pula nanti juara pun sudah dirancang