Norman berkata keputusannya untuk membotakkan kepala, bagaimanapun tidak didorong oleh sebab-sebab khusus atau membayar nazar tertentu. Norman berkata dia membotakkan kepala selepas 2 hari bercerai dengan Abby sebagai satu motivasi terhadap diri sendiri. Ceh, ingatkan bayar nazar pasal dapat publisiti meluas di media, rupanya itu tidak berlaku.
Kata Norman Hakim lagi, imej membotakkan rambut bagaikan memberi kelahiran baru kepada dirinya. Imej yang segar & baru, kononnya dapat memberikan satu imej baik terhadap dirinya.
Mengulas mengenai gambarnya di kediaman Memey Suhaiza, gambar itu diambil ketika isu khalwatnya kecoh di media. Dia hanya pergi ke rumah Memey Suhaiza untuk bertanya khabar berita, bukannya bernikah.
“Memey masih lagi berada di kampungnya dan saya masih bekerja macam biasa di Kuala Lumpur. Hidup ini mesti diteruskan walaupun saya sedar masyarakat terus menghina dan menghukum saya. Semua ini ada hikmahnya dan saya menerimanya dengan redha.