April 20, 2009

Fakta Menarik - Perkahwinan Mawi & Ekin


Akhbar sisipan Pancaindera telah menemubual pasangan Mawi & Ekin mengenai perasaan mereka setelah selesai upacara perkahwinan. Seperti biasa, Mawi yang terkenal dengan sikap selambanya memberitahu, “Penat betul…sampai tak cukup tidur. Ingatkan senang nak kahwin ni tapi susah juga.”

Terdapat juga beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan Mawi & Ekin yang boleh dikongsikan bersama. Antaranya..

Asmawi Ani atau Mawi, anak peneroka Felda Taib Andak
Nora Asikin Rahmat atau Ekin lahir di Johor Bahru
Ekin membuat keputusan bertudung selepas mendapat hidayah melalui mimpi (Mungkin kerana Mawi suka gadis bertudung)
Mawi melamar Ekin semasa berada di Syria melalui satu panggilan telefon pada 30 April 2008
Ekin terkejut kerana Mawi bersedia untuk mengahwininya
Hantaran kahwin Rm30,000 serba satu
Mawi menghadiahkan sebentuk cincin platinum pada majlis pertunangan rahsia pada Jun 2008
Hadir kursus kahwin pada 4 November 2008 di Masjid Putra.
Nikah di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru pada 20 Disember 2008
Majlis resepsi perkahwinan diadakan di 3 tempat iaitu di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Padang Awam Felda Taib Andak & hotel Palace of The Golden Horses.
10,000 kuntuman bunga hidup pelbagai jenis untuk hiasan dewan Taib Andak.
Astro mendapat hak eksklusif penyiaran untuk majlis perkahwinan Mawi & Ekin.
Artis pertama yang menaiki helikopter untuk sebuah majlis perkahwinan
Artis kedua selepas Siti Nurhaliza yang mendapat liputan perkahwinan sepenuhnya oleh stesen televisyen
Memilih Korea sebagai lokasi berbulan madu