Sememangnya medan Akademi Fantasia tidak sesuai untuk seorang pelajar yang bergelar artis rakaman, buktinya Nas Adila telah pun di nobatkan sebagai pelajar AF, artis rakaman pertama yang tersingkir dalam konsert AF minggu kedua. Nas Adila menerima undian sms yang paling rendah iaitu sekitar 4% berbanding Hafiz yang menduduki tempat pertama, menerima undian 11%.
Pada konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi Astro Ria pada hari Sabtu (21/3) itu pelajar berkenaan membawakan lagu Medley Merawat Cinta Luka dipopularkan Liza Hanim dan melodi dangdut, Asyik, nyanyian asal Amelina.
Dengan penyingkiran Adila, bermakna 13 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara AF7.