
Qhaud atau nama sebenarnya Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25 malam ini menyanyikan lagu Seruan bersama kumpulan Lefthanded. Pujian daripada pengkritik tetap Edrie Hashim, Datuk Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramli gagal merubah kedudukan Qhaud yang berada di kedudukan kedudukan terendah sejak awal konsert malam ini. Peningkatan dalam peratusan setelah berjaya memukau hadirin dengan aksinya di pentas masih tidak mencukupi untuk membuatkan pelajar dari Cheras, Kuala Lumpur ini terselamat
Pada konsert keenam ini, pelajar diberi tugasan menyanyikan lagu secara 'live band diringi beberapa kumpulan muzik popular. Selain Qhaud, Lefthanded turut mengiringi Yazid menerusi lagu Ku Di Halaman Rindu. Akim (Aurora) dan Aril (Yang Pernah) pula beraksi bersama kumpulan Estranged manakala Claudia (Keindahan Pantai) dan Hafiz (Pak Belalang) diiringi muzik kumpulan Kristal. Kumpulan Cokelat yang diterbangkan dari Indonesia pula mengiringi Aishah (Segitiga) dan Isma (Salah)