Memaparkan catatan dengan label kutipan filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kutipan filem. Papar semua catatan

September 18, 2012

Filem 29 Februari hanya kuktip RM400 Ribu Sahaja !!

Filem yang menelan belanja RM3.5 juta ini hanya mampu mengutip RM400 ribu setelah tayangan wajib dipawagam. Kegagalan filem ini menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim kerana faktor-faktor berikut :

1.Faktor Ekonomi - Penonton masih takut untuk mengeluarkan duit menonton filem yang mahal daripada Malaysia.

2.Konsep Filem : ramai yang beranggapan filem ini berunsurkan filem patriotik.

Dan ZoOM nak tambah..sebab tak tengok pun cerita ni :

a) Duit dah banyak habis masa raya
b) Tengah sibuk dengan rumah terbuka
c) Tengah sibuk membuka rumah
d) Berada di Kampung - Pawagam x ada
e)  Parking Kereta yang susah nak dapat
f) .....???

Anda pula ???

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Februari 27, 2012

Kutipan Filem Adnan Sempit 2 | Trailer Adnan Sempit 2


Sana sini bercerita mengenai kutipan yang diterima oleh skuel Filem Adnan Sempit 2, dalam kesibukan kerja seharian ZoOM dan keluarga meredah malam menuju pawagam di sekitar Petaling Jaya. Akhirnya pada pukul 9.10 malam kami telah masuk ke pawagam tersebut, memang ramai dan sesak semasa beratur masuk ke dalam pawagam. Dalam hati ZoOm "Kalaulah tiap-tiap hari macam ni. sudah tentu 13 juta tersebut bukan angan-angan kosong".


Walaupun gelak ketawa dipawagam tersebut seringkali bergema dan kadang-kadang mengalahkan "Sound System" dalam pawagam tersebut. Ada juga desas desus "TARGET" yang MIG beri sebelum ini tidak akan tercapai dan mengalahkan Adnan Sempit 1 sebelum ini.


Disebabkan itu ZOoM cuba untuk menyelidik (Macam buat eksperimen pulak), apa yang boleh dikongsi bersama dengan anda, dan berikut adalah beberapa bukti yang boleh anda lihat.

Februari 11, 2012

Kutipan Filem Azura Mencapai 1 Juta Sejak Ditayangkan

PETALING JAYA: Filem drama romantik, Azura 2012 telah berjaya mengutip hampir RM1 juta sejak ditayangkan pada 2 Februari lalu di 65 buah pawagam tempatan.

Menurut pengarahnya, Aziz M. Osman, kebanyakan penonton yang telah menonton filem itu memberikan respons yang positif lebih-lebih lagi daripada golongan profesional.

"Saya bersyukur dengan apa yang diperoleh. Cuma yang menggembirakan saya adalah kebanyakan yang menonton Azura 2012 adalah daripada kalangan golongan profesional.


ZoOM : Hampir tapi boleh lah daripada cerita lain yang tak sampai 200 ribu, habis je modal nak buat filem, apa-apa pun tahniah dan perlu dipertingkatkan lagi sebab banyak lagi yang tengah menunggu untuk ditayangkan dipawagam mengikut syarat wajib tayang :)

Layan jelah cerita hantu...makin banyak je :)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Januari 28, 2012

Artis Malaysia : Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’ | Kutipan filem Bujang Terlajak

PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu.

A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan peminat filem Melayu.

“Kutipan yang baik diterima oleh filem ini dipengaruhi oleh aura Fazura yang sememangnya diminati ramai. Kemunculannya di layar perak amat dinantikan oleh penonton.

“Fazura juga jarang muncul dengan filem komedi dan gabungannya bersama Apek, Nabil dan Johan ternyata menghasilkan sajian komedi yang bersahaja dan dekat dengan penonton kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran kutipan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu, A. Latiff berkata sambutan yang baik daripada penonton selepas seminggu ia ditayangkan memberi petanda filem itu mampu untuk mengutip sehingga RM5 juta jika terus ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.

“Berdasarkan pengamatan kami, pola tontonan filem ini meningkat di antara 20 hingga 30 peratus setiap hari. Insya-Allah jika keadaan ini berterusan, saya yakin Bujang Telajak Belum Terlanjur mampu meraih sehingga RM5 juta.

Disember 18, 2011

Kutipan Filem Ombak Rindu Mencecah RM10 Juta

Kutipan filem Ombak Rindu kini menuju ambang kemasyuran kerana mungkin menjadi salah satu filem melayu yang memecah panggung diseluruh negara. Sekaligus rekod kutipan tertinggi, ini kerana setelah 17 hari ditayangkan kutipan filem ini telah mencapai RM10 juta.

Jika ikutkan peraturan wajib tayang filem ini sudah tidak sepatutnya berada dipawagam, namun kerana permintaan oleh peminat dan mungkin pemilik pawagam merasakan filem ini masih ramai yang ingin menyaksikan ia telah dilanjutkan 2 minggu lagi.

Fenomena FILEM yang dihasilkan daripada adaptasi novel semakin menjadi perhatian, jika sebelum ini penerbit Tarantella telah menerbitkan filem Lagenda Budak Setan dan yang terbaru Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah.

Jun 13, 2011

Kutipan filem KL Gangster RM5 Juta setelah 3 hari di pawagam

Satu lagi filem yang mengemparkan industri perfileman di Malaysia kerana berjaya menarik penonton datang ke pawagam menyaksikan hasil seni anak Malaysia. Jika sebelum ini hanya filem daripada luar Negara yang memonopoli kutipan di Pawagam, namun kini ia hanya tinggal kenangan kerana filem tempatan juga mampu bersaing.

Filem arahan Syamsul Yusof yang ditayangkan bermula 9hb Jun sehingga semalam 11hb bukan sekadar omong kosong tetapi keluarga ZoOM ( ZoOm belum sempat nak tengok sebab BZ ) sudah menontong filem ini, dah rating yang diberikan daripada 5 Star, 4 Star yang diberi. Tahniah sekali lagi, jika anda sudah menonton filem ini sharelah dengan pembaca di ZoOmartis @ Facebook.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mac 30, 2011

Kutipan Filem Dalam Botol Kini Mencecah 1 Juta !!!

Filem konterversi yang ditayangkan pada 24 Mac lalu kini mencecah kutipan melebihi 1 juta setelah 5 hari ditayangkan di lebih 40 pawagam diseluruh Malaysia. Filem yang menelan belanja RM 888K ini mungkin mempunyai daya tarikan tersendiri menyebabkan penonton diluar sana ingin mengetahui apakah kisah dan jalan cerita dalam filem arahan Raja Azmi ini.

Dan jika anda pernah membaca "Post" yang Zoom berkongsi bersama anda sebelum ini, yang mengatakan Raja Azmi akan bernekad berhenti daripada membikin filem jika filem ini tidak mendapat sambutan. Apa yang pasti ia akan menjadi igauan mimpi beliau kerana filem ini sudah mencapai sasaran malah semakin menjauhi apa yang diperlukan.

Dengar khabar Raja Azmi akan menerbitkan satu lagi filem yang mengaitkan lelaki, kalau tak silap tajuk dia "Anak Ikan" ( Jejaka yang menjadi rebutan wanita ). Sama-samalah kita tunggu dan lihat, tetapi ada tak sesiapa disini yang sudah menonton filem botol ni ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!