Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Julai 17, 2012

Adakah Ini Yang Akan Berlaku Jika Murid DIBENARKAN Membawa Handphone

Adakah ia adalah berita gembira buat adik-adik atau anak-anak kita yang yang kini bertepuk kedua-dua belah tangan kerana ada ada info yang mengesahkan mulai tahun 2013, pelajar sekolah dibenarkan membawa handphone ke SEKOLAH !!!..

Sudah tentu peniaga/syarikat telekomunikasi turut bersorak gembira atas laporan ini kerana ini akan mendatangkan banyak FAEDAH kepada syarikat telekomunikasi, kedai topup, kedai handphone, kedai aksesori handphone dan yang berkaitan dengan handphone. 


Ramai diantara anda sudah pasti mengetahui perniagaan dalam negara kita sungguh menguntungkan. Dan sana sini rakan-rakan yang mempunyai kedai TOP UP ini kini mampu tersenyum dengan berita terbaru mengenai penggunaan telefon/handphone oleh murid sekolah.


Apa-apa pun, ZoOM berita ini mempunyai kebaikan dan keburukan kesan pelaksanan

Jun 30, 2012

Berita Terkini : Kaka Peluk Agama Islam

Beberapa hari lepas ZoOM ada terbaca satu laman blog mengenai seorang pemain bola terkenal memeluk ISLAM, dan sana-sini kecoh bercerita dan menaip mengenai cerita yang tersebar dengan pantas terutamanya di laman internet (Blog & Laman sosial).


Gambar diatas dan dibawah menunjukkan Kaka dan isteri serta rakan berada di dalam Masjid dan yang membuatkan berita ini seperti ada kebenarannya ketika isteri Kaka memakai Pakaian wanita soleha(bertudung) ketika berada didalam Masjid dan majlis tertentu.


Namun hakikatnya gambar tersebut mempunyai cerita tersendiri, dan ZoOM kini memahami apakah sebenarnya berlaku.


Menurut info dari blog atanahmad, gambar tersebut diambil ketika Kaka datang ke Arab Saudi untuk mempromosikan Dubai memalui sukan bola sepak.


Sepanjang berada disana beliau dibawa ke tempat-tempat tertentu termasuk Masjid, dan bagi menghormati budaya,adat resam dan agama Negara yang beliau lawati, isteri beliau telah memakai pakaian dan tudung.


Tetapi bagi ZoOM jika ia menjadi kenyataan, siapa yang tahu kerana hidayah dan pentunjuknya hanya datang daripada ALLAH yang Maha esa dan berkuasa. 


Semoga ia akan menjadi kenyataan. Insyallah


Lagi Gambar Kaka dan isteri dibawah :

Jun 22, 2012

INFO:Diskaun Tiket Konsert Sami Yusuf Untuk Pelajar Dilanjutkan

Penganjur Konsert Salaam Sami Yusuf melanjutkan tempoh diskaun sebanyak 15 peratus bagi pembelian tiket di kalangan pelajar sehingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP), keputusan tersebut dibuat bagi memberikan masa yang mencukupi kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur untuk membuat pembelian.

Konsert sulung bintang lagu-lagu kerohanian antarabangsa itu di sini bakal berlangsung pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kata kenyataan itu, OEP turut melantik sebuah syarikat, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd sebagai ejen penjualan tiket bagi memudahkan urusan penjualan tiket tersebut kepada para pelajar.

Mei 10, 2012

Koleksi Kata-Kata Hikmat atau Hikmah | Himpunan Mutiara Kata

Sekadar Hiasan

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

April 17, 2012

Informasi : Panduan Pengiraan Zakat

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Kepada sahabat-sahabat yang bergelar penjawat awam, semalam berita baik telah diterima oleh sahabat semua. Syukur alhamdulillah kerana menikmati kenaikan gaji sebanyak 13% di samping kenaikan elaun COLA sebanyak RM 50 bagi kawasan B & C. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki ini.

Walau bagaimanapun, jangan lupa selepas sahaja menerima slip gaji dengan kadar gaji baharu ini, kita terus mengunjungi mana-mana Pusat Zakat terdekat untuk kita menambah kadar bulanan kita. Disini saya sertakan sedikit panduan ringkas mengira zakat pendapatan ya :-

PANDUAN RINGKAS MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN

Umumnya, terdapat 2 kaedah iaitu

April 04, 2012

Semakan Kemasukan Matrikulasi Secara Online | Semakan Matrikulasi Melalui SMS


Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 ini khas bagi pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia ( SPM ) 2011. Semakan permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ( KP M) untuk sesi 2012 / 2013 dijangka boleh disemak bermula pada 25 April 2012.

Bagi membuat semakan keputusan permohonan Kemasukan Program Matrikulasi, pelajar boleh menyemak secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian pelajaran Malaysia ataupun dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) yang disediakan.

Semakan Kemasukan Matrikulasi Secara Online
Sila lawati laman sesawang Bahagian Matrikulasi KPM. Anda akan diminta untuk mengisi beberapa butiran sebelum membuat semakan permohonan anda seperti No. I/C dan juga Nombor Pin.

Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui SMS :

Taip MOE MAT No.KP dan hantar kepada 15888

Contoh: MOE MAT 930423069909 dan hantar ke 15888


Sekiranya permohonan anda gagal, anda masih boleh membuat rayuan kemasukan ke matrikulasi sama ada untuk Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT). Rayuan hanya dibuka kepada pelajar yang ada membuat permohonan mengikuti Program Matrikulasi KPM tetapi gagal diterima masuk buat kali pertama. Rayuan boleh dibuat

Mac 31, 2012

Siapa Kata !!

‎::..SIAPA KATA..::

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,

Mac 30, 2012

KALAU ADA ORG YANG CUBA MEMPELEKEHKAN NIAT BAIK KITA, JAWAB JE MCM NIE :-

1. "Bajet ah ko ni post Islamik2,mcm la cmfirm masuk Syurga".
Jawab : "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Ko bajet nak masuk belah mana?"

2. "Tayahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab : "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab : "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab : "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status je pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat Kelak."

5. "Aku block je la ko ni. Siot tol."

Mac 29, 2012

Siapa Kita Didunia Ini !

ღ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..

ღ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..

ღ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..

ღ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…
>_< ♥




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mac 28, 2012

Pengantin Alam Barzakh

RISIK.......TUNANG......HANTARAN

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..

Mac 27, 2012

Pesanan Buat Kaum Wanita

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)

••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.

SubhanaAllah Allahuakhbar!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mac 21, 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)



Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan.Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.


Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) :
- Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan)



Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2012


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mac 18, 2012

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang disebut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian sesi ambilan Jun 2012 dibuka pada 22 Mac 2012

Cara-cara memohon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP)ambilan jun 2012 :

1) Beli no.pin di bank-bank simpanan nasional yang berdekatan pada 22 Mac 2012 dengan bayaran sebanyak RM6.00



2) Bila dah beli no.pin, bolehlah melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftar secara online juga pada tarikh yang sama iaitu 22 Mac 2012.

3) Pastikan syarat-syarat memohon program ijazah sarjana muda (PISMP) dengan kepujian dipatuhi semasa mengisi borang tersebut.

Syarat-syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda (PISMP) ambilan Jun 2012 :

Mac 15, 2012

Cara Menyemak Keputusan SPM | Semakan Keputusan SPM 2012


 Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
 
SMS>< NO IC >< NO Angka Giliran ----> Send 15888

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.




Adik-adik...jangan Jadi Macam ni yer...Banyak-banyak bersabar..dan gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.


 

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mac 13, 2012

Kisah Manusia Berubah Menjadi Keldai atau Himar

Kisah Berubah Menjadi Himar

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram,

seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji.

Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram.

Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri.

Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut?

Mac 12, 2012

Petua : Suami Isteri Tidur Bersama

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang

Mac 11, 2012

Menguap Cara Islam

Sekadar Hiasan

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka

adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.

Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu.

Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :

Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,

Mac 10, 2012

Zuriat Anda Dan Doa Inginkan Zuriat

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat MAFATIHUL GHAIB yang terkandung dalam surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud,

"Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil.

Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa?

Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya:

"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak

Cara Mencari Pasangan Yang Sempurna

Suatu hari, Mulla Nasruddin berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.

"Besok saya bakal menikah, Mulla," kata temannya dengan nada gembira.

"Bukankah perkahwinan itu menyenangkan?

Apakah Mulla pernah berfikir untuk menikah?" tanyanya.

Nasruddin tersenyum dan berkata,

"Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah.

Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya."

"Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan.

Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia."

Air Penapis 3 Peringkat

Kita begitu bimbang dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari.

Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat,
kita pun membeli penapis air yang beribu harganya.

Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita?

Adakah "makanan" yang sampai ke jiwa kita itu bersih?

Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim.

Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya.

"Wahai guru, mahukah guru mendengar satu cerita tentang seorang guru lain yang tinggal di kampung sebelah?"