
Disebabkan Kartika merupakan pesalah wanita pertama yang dihukum sebat, maka jawatan kosong sebagai Tukang Sebat Syariah mula menjadi perhatian ramai. Adakah disebabkan tiada siapa yang memegang jawatan tersebut, sehingga hukuman dia yang sepatut’nya berlangsung kelmarin telah ditunda? Hurmm, masuk akal juga.
Hukuman tersebut akan dilaksanakan selepas bulan puasa, aku yakin kau mempunyai masa yang cukup untuk menghantarkan resume kepada pihak Jabatan Penjara.
Kes Kartika disebat mula menjadi kontroversi apabila terdapat’nya campur tangan dalaman yang menentang hukuman tersebut. Ramai pihak yang menasihatkan Kartika untuk merayu, namun dia enggan. Kami faham, Kartika sedang mengalami penyesalan tidak terhingga sehingga redha dengan ketentuan yang ditetapkan. Bagus juga ada hukuman macam ini, at least berikan pengajaran kepada puaka-puaka arak di luar sana. Kalau kau perasan, banyak gambar di Myspace yang memaparkan gadis melayu, tidak segan bergambar dengan minuman arak. Entah apa-apa, bajet cool.
Sumber : Utusan