Jun 22, 2012

INFO:Diskaun Tiket Konsert Sami Yusuf Untuk Pelajar Dilanjutkan

Penganjur Konsert Salaam Sami Yusuf melanjutkan tempoh diskaun sebanyak 15 peratus bagi pembelian tiket di kalangan pelajar sehingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP), keputusan tersebut dibuat bagi memberikan masa yang mencukupi kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur untuk membuat pembelian.

Konsert sulung bintang lagu-lagu kerohanian antarabangsa itu di sini bakal berlangsung pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kata kenyataan itu, OEP turut melantik sebuah syarikat, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd sebagai ejen penjualan tiket bagi memudahkan urusan penjualan tiket tersebut kepada para pelajar.

Pembelian boleh dilakukan dengan melayari laman web www.unic.my dan klik pada UNIC e-shop, dengan kemudahan pembayaran menerusi kredit kad atau sistem perbankan Internet.

Tiket-tiket yang sudah dibeli boleh ditebus di kaunter tiket stadium tersebut 13 Julai depan.

Konsert itu juga bakal menampilkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai penyanyi undangan.

Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual serendah RM55 sehingga RM295 dan boleh dibeli dengan melayari www.airasiaRedtix.com atau di cawangan Victoria Music Centre dan Rock Corner.

Untuk maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 03-87754666.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!