Memaparkan catatan dengan label Sazzy Falak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sazzy Falak. Papar semua catatan

Januari 24, 2012

Gambar Lama : Sazzy Falak Seksi Berbasikal


Entah gambar bila tetapi Sazzy nampak comel kan...sorry ye...saje nak berkongsi dengan pembaca di ZoOMartis, terutamanya gambar-gambar lama artis di Malaysia khasnya.

:)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 03, 2011

Gambar Tiara Ros dan Imaan Lilly anak kembar Sazzy Falak

Imaan Lilly & Tiara Ros Bersama Ibu Tersayang

Memang cute & comel habis anak kembar empunya Sazzy Falak & Nazril Idrus, iaitu Iman 
Lily & Tiara Rose. Sazzy Falak yang bersalin pada 28 April lalu.

Anugerah indah daripadanya sudah pasti akan menjadi kenangan kepada pasangan ini dalam menempuh kehidupan seharian. 

Dan berikut luahan seorang ibu mengenai anak kembarnya : 
"Biasalah, perubahan ketara dalam hidup saya dan suami ialah menjadi ibu dan bapa. Kami perlu komited terhadap kedua-dua anak kembar kesayangan kami selain sibuk menguruskan kerjaya.
"Saya pun tak sangka, jika dulu, kalau anak orang yang saya dukung itu nangis, saya akan kembalikan anak tersebut kepada ibunya atau orang lain. Tapi kini saya mampu menjaga mereka dengan bantuan suami. Saya suka perubahan ini," katanya.

 Bersama Atok tersayang
 Disaat Seorang ayah menyambut kelahiran anak tersayang

November 04, 2010

Sazzy Falak Dah Mengandung !!

Taniah Sazzy Falak, Welcome to Ibu Clubs :) berikut statement daripada akhbar mengenai Sazzy 


Januari 20, 2010

(Gossip) Penampilan Seksi Sazzy Falak


Sudah seminggu Zoom tak "share" dengan anda gossip-gossip terbaru di Malaysia, buka je "Laptop" ni Zoom ternampak satu artikel atau luahan seorang penulis mengenai Sazzy Falak yang tampil seksi semasa di pantai...!!!jum ZoOm ...!! Gambar "Sensortttt sket tu yg kena potong...!! nak tengok real pic search je kat yahoo atau google...!!



Baca Selanjutnya

Komen penulis :

Sazzy Falak merupakan pengacara televisyen, pelakon dan juga ahli perniagaan yang makin bergiat aktif dalam dunia berkenaan. Perkahwinannya dengan Nazril Idrus pada tahun lepas, telah membuktikannya yang dia sekarang berstatus isteri.

Pun begitu sikapnya seperti tidak mengambarkan seorang isteri, berpakaian seksi sana sini, memakai bra di tempat-tempat percutian seperti aktor dan aktress Hollywood sahaja. Inikan Malaysia, jadi cerminkanlah diri ketika duduk di Malaysia.

Januari 09, 2010

(Gambar) Sazzy Falak dengan Pizza Hut nya !!!


Lihatlah artis-artis wanita kita yang tengah lapar dan di jamu dengan Pizza Hut yang sudah semestinya menyelerakan sesiapa sahaja yang memandang..Dengan raut wajah mereka tentu sudah beberapa hari tak makan pizza.!!!



Baca Selanjutnya




Sazzy Falak seperti baru pertama kali makan Pizza kerana dengan rakan-rakannya ketika menyambut kedatangan Pizza. Seperti sedia maklum Pizza terkenal dengan harga yang mahal dan tidak mengenyangkan pada pandangan umum. Seperti Sazzy Falak, sebelum nak makan Pizza, mereka kena amik gambar dahulu, sebagai kenang-kenangan begitu. Gambar diambil dikediaman Daphne Iking beberapa bulan lalu namun Daphne Iking tidak kelihatan dalam gambar.

Apa kata anda ?


Oktober 27, 2009

(Gambar) Peserta Sehati Berdansa dan komen Ahli Sukan ( Minarwan )


PENTAS Sehati Berdansa musim ketiga membuka tirai Sabtu lalu dengan menyaksikan persembahan tarian sembilan pasangan selebriti yang bertemakan 'Malam Yo' iaitu tarian hip-hop.

Isma AF7 dan suaminya, Zul nampaknya berjaya mengatasi lapan pasangan lain iaitu Sazzy Falak dan Nazril, Dira dan Ash, Anita Baharom dan Ismadi, Mirna dan Norah, Oshin dan Firdaus, Didie Alias dan Sham, Sein dan Nana serta Enot dan Zainul apabila muncul sebagai pasangan yang menerima markah tertinggi secara keseluruhannya iaitu 55 peratus, diikuti oleh pasangan Dira, Sein dan Sazzy.



Baca Selanjutnya





Sedih sangat pada awalnya, kerana ini baru minggu pertama. Kami memang mengharapkan sangat agar tidak ada penyingkiran untuk minggu pertama ini. Tapi dalam masa yang sama, kami tetap bersiap-sedia kerana program ini memang banyak 'kejutan'.

"Apapun, kami gembira diberikan peluang kedua. Kami sudah mempelajari tarian hip-hop dan harap-harap, dapatlah kekal lama supaya dapat belajar lebih banyak tarian lagi," kata Mirna yang mewakili badan kebajikan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan ini.

"Tetapi mungkin juga juri melihat daripada aspek-aspek tertentu," kata Mirna yang dibimbing oleh Dayana, koregrafer untuk pasangan ini.

Isteri Mirna, Norah juga menambah, andai kata tersingkir pada malam itu, dia pasti akan rasa bersalah.

"Ada sedikit yang saya tersilap sewaktu buat persembahan, tapi nasib baik Mirna pandai 'cover' ketika itu. Sebab itulah kalau kami tersingkir juga, saya pasti akan menyalahkan diri saya," katanya yang bertugas sebagai pramugari.

Dalam pada itu, Mirna juga berkata, dia seboleh mungkin ingin mengikis tanggapan ramai yang merasakan ahli sukan sepertinya tidak boleh menari dengan baik.

Jika melihat dua musim terdahulu, ahli sukan yang menyertai program ini sering dilihat tersingkir awal. Namun, Mirna tidak mahu persepsi seperti itu lekat di dalam minda penonton.

"Saya ingin cuba ubah tanggapan bahawa ahli sukan tidak boleh menari dan akan tersingkir awal. Persepsi itu yang membuatkan penonton juga tidak meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan tersebut.

"Apapun, saya sendiri akan cuba yang terbaik dan terpulanglah kepada pengundi di luar sana dan juri untuk menilai," katanya.

Zoom Komen: Semoga berjaya Bro Mirnawan, zoom tabik kat bro sebab kenbanyakan ahli sukan agak sukar untuk menari..!!! Apa KOmen anda

September 24, 2009

(Celebrity News) Suami Sazzy Falak Gunting Rambut Macam David Beckham !!!

Sazzy Falak dan suami, Nadzril Idrus, tidak mengadakan majlis rumah terbuka kerana ketiadaan pembantu rumah menyukarkan kerja mereka.
Selain suasana baru dalam rumahnya, Sazzy mengatakan ada lagi kelainan pada raya tahun ini di mana suaminya telah memotong pendek rambutnya agar kelihatan seperti David Beckham.

"Raya tahun ini juga suami saya telah potong rambut pendek... sebab dia nak jadi macam David Beckham.

"Lagipun saya yang suruh dia potong pendek macam tu... sebab saya suka tengok dia berambut pendek dari berambut panjang," katanya.

Sazzy juga mengatakan dia dan suaminya telah beraya tanpa henti di sekitar Kuala Lumpur untuk menziarah sanak saudaranya kerana kebanyakan mereka menetap di Kuala Lumpur.

Zoom Komen: Huh Macam rambut Beckham ker !! Tak nampak sebab pakai songkok, kalau ada nanti zoom upload kan..!!! kesian kat Sazzy ni time raya pulak bibik dia berhenti kerja..terpaksala kemas dan ubah suai rumah bersama suami dah mak mentua..!!! apa pun duit banyak takk kisah semua boleh buat.Tak macam zoom 3 hari beraya bawa kete je !!! Zoom beraya kat Nogoriiii Jer.. U alls ? share la sikit !!