Memaparkan catatan dengan label Anak Kembar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Kembar. Papar semua catatan

Julai 03, 2011

Gambar Tiara Ros dan Imaan Lilly anak kembar Sazzy Falak

Imaan Lilly & Tiara Ros Bersama Ibu Tersayang

Memang cute & comel habis anak kembar empunya Sazzy Falak & Nazril Idrus, iaitu Iman 
Lily & Tiara Rose. Sazzy Falak yang bersalin pada 28 April lalu.

Anugerah indah daripadanya sudah pasti akan menjadi kenangan kepada pasangan ini dalam menempuh kehidupan seharian. 

Dan berikut luahan seorang ibu mengenai anak kembarnya : 
"Biasalah, perubahan ketara dalam hidup saya dan suami ialah menjadi ibu dan bapa. Kami perlu komited terhadap kedua-dua anak kembar kesayangan kami selain sibuk menguruskan kerjaya.
"Saya pun tak sangka, jika dulu, kalau anak orang yang saya dukung itu nangis, saya akan kembalikan anak tersebut kepada ibunya atau orang lain. Tapi kini saya mampu menjaga mereka dengan bantuan suami. Saya suka perubahan ini," katanya.

 Bersama Atok tersayang
 Disaat Seorang ayah menyambut kelahiran anak tersayang

Oktober 28, 2009

(Gossip) Gambar Anak Ziana Zain, Dan nama anak !!!!?



Sorry Gambar tak ada lagi, pihak media pun susah nak dapatkan gambar anak akak ziana ini, macam nak lawan dengan erra fazirah jer..Anda perasaan tak sekarang ini kebanyakan 80 % artis suka menjauhi dan merahsiakan anak-anak mereka dari "Public".Mungkinkah ada strategi dari artis-artis itu...!!!? Fikir-fikirkanlah dah komen la apa-apa yang patut...OKlahh..Apa-apa pun layan la nama anak Ziana zain dengan baca kat bawah ni...!!!! Komen apa-apa yang patut



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2009: Selepas melahirkan sepasang kembar Julai lalu, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain, 41, nampaknya masih terus berdiam diri.

Adapihak beranggapan, tindakan Ziana itu umpama menyorokkan anakkembarnya daripada mendapat liputan pihak media. Walhal begitu ramaipeminat yang nyata sekali ingin melihat sepasang wajah comelmilik Ziana dan suaminya, Armin Zaharin.

Menafikan tindakanZiana itu sebagai lari daripada media, pengurus penyanyi berkenaan,Lisa Aryanti Tahir berharap supaya pihak media dan peminat dapatbersabar kerana Ziana tetap akan membuat kemunculan semula.

Lisa yang ditemui ketika majlis Ulang Tahun EH! 10 Yang Anggundi sini, Sabtu lalu berkata, Ziana dijangka akan membuat kemunculanpada Januari 2010 bersama sepasang kembarnya yang kini sudah memasukiusia lebih 3 bulan.

Di kesempatan itu juga, Lisa turut berkongsi nama pasangan kembar itu yang diberikan nama Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin.

"Sayafaham terlalu ramai peminat dan pihak media yang mahu melawat Ziana.Bagaimanapun permintaan itu tidak dapat Ziana penuhi buat masa ini.Maklum sajalah bayi kembar itu masih kecil dan Ziana tidak bersediauntuk menerima pelawat," katanya.

Ariel dan Nour Kaseh telahselamat dilahirkan pada 23 Julai lalu. Meskipun masa kelahiran 3 minggulebih awal daripada jangkaan, namun kedua-dua bayi berkenaan beradadalam keadaan sihat dengan berat 2.1 kilogram (Ariel) dan 1.7 kg (NourKaseh).

Lisa menambah, seperti juga kelahiran 2 bayinyayang terdahulu Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar, Ziana kini sedangbersiap sedia untuk 'memasang badan' sebelum berhadapan dengan pihakmedia Januari nanti.

Jelasnya lagi, buat kesekian kalinya Ziana telah menyambung kontraknya bersama produk rawatan kecantikanbadan Slim World dan jenama jam tangan antarabangsa Omega.

"Ya,buat masa sekarang Ziana sedang sibuk ulang alik daripada mendapatkanrawatan di Slim World dan mengamalkan pantang larang tradisional keranadia mahu mendapatkan berat badan asalnya iaitu 52 kg," katanya.

Lisaberkata, artisnya itu sama sekali tidak sabar menanti tibanya Januarinanti untuk berkongsi seberapa banyak pengalaman melahirkan bayikembarnya bersama pihak media kerana Ziana bercadang tidak mahumengandung lagi selepas ini.


Kredit : Murai