Memaparkan catatan dengan label Salih Yaccob. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salih Yaccob. Papar semua catatan

Jun 30, 2011

Isteri Abang Salih Yaacob Terasa Hati Dengan Bini Muda !!!

Sabar je la abang Salih Oiiiiii....maklum sajalah dekat luar sana tu cemburu dan geram sebab tak dapat sampai quota. ZoOM tahu Abang SY kita adil dan saksama menjalankan tanggungjawap sebagai seorang suami. Nak buat macam mana 1001 perangai dekat luar sana.

Ops ZoOm susah nak tidur malam ni sebab ada tugas yang perlu diselesaikan, namun terkejut juga sebab tajuk dia dah macam betul. Rupa-rupanya perasaan abang SY kita je yang tahu gerak hati isteri-isteri tua yang mungkin sedikit tersisih sebab abang SY asyik bawa bini muda je.

Namun berikut jawapan Abang SY kita apabila ditanya wartawan :


"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar. 

Jun 15, 2011

Update : Lagi gambar Salih Yaacob Berbulan Madu Bersama Bini


Alahai bertuahnya abang Salih Yaacob yang kini masih dalam mood berbulan madu bersama keluarga tersayang. Bagi ZoOM diantara empat orang isteri abang SY kita, isteri pertama adalah insan yang mulia dan baik kerana membenarkan SY kita mencapai syarat maksimum yang ditetapkan.

Saat ZoOm nak balilk daripada pejabat ini jugalah "Office Mate" ZooM ni email gambar SY dan keluarga untuk tatapan. Nak tunggu apa lagi upload je lah sebab mungkin ada orang lain yang dah ada gambar ini. Kalau nak share dengan kawan-kawan lain pun boleh juga.. Tapi credit lah sikit dekat ZoOMartis ye..

OK alls...nak punch card ( Sebab kat opis ni tak pakai swipe kad ) ...

Jangan lupa komen ye ... TQ.

Lagi gambar kat bawah ni :


Jun 06, 2011

Bulan Madu Salih Yaacob dan Isteri serta anak-anak di Beijing

Alhamdulillah dan suka sangat apabila melihat dan membaca berita keluarga abang Salilh Yaacob kita yang kini berada di Beijing, China semalam.Beliau bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.

 Jika macam inilah amalan yang diamalkan oleh semua ketua keluarga di Malaysia khasnya, mungkin ramai yang akan sudi bermadu.Ops...

ZoOM : Apa Komen Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Mei 31, 2011

Gambar Pernikahan Salih Yaacob dan Isteri Samihah Sheikh Ali

Bertuahnya abang Salih Yaacob atau nama glamour beliau di Sinar FM SY kerana sudah cukup quota yang jarang-jarang diperolehi oleh kaum Adam diluar sana. Semalam genaplah empat orang isteri abang SY kita ni, nama isteri ke empat beliau Samihah Sheikh Ali, 25 tahun sah menjadi isteri beliau di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulai Jaya tepat 3.50 petang semalam.

Wang hantaran RM25,000 berserta mas kahwin RM23 diberikah kepada pihak perempuan, dan dengan dua kali lafaz walaupun sudah berpengalaman. Maklumlah bini muda :), apa pun semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga akhir hayat.

ZoOM : Apa Komen Anda Mengenai Perkahwinan Abang SY kita ni ?

Lagi Gambar di bawah :

Mei 08, 2011

Bakal Isteri Ke 4 Salih Yaacob @ SY !!

SY bersama isteri dan anak-anak 

Memang menakjubkan penangan abang Salih Yaacob kita ni, mana tidaknya diluar sana masih mencari seorang pasangan hidup. Tapi lain pula dengan abang kita ni dia kini mencari orang ke 4 sebagai isteri yang sah, malahan beliau sendiri mengaku akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Dan daripada akhbar Metro Online memberi sedikit Tips mengenai bakal isteri abang SY kita ni diantaranya :

Siapakah gerangan gadis yang berjaya membuka hati anda itu?    Dia orang biasa saja, berusia 24 tahun dan masih mengikuti pengajian ijazah lanjutan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Kami berjumpa secara kebetulan ketika saya menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur.

November 05, 2010

Salih Yaccob Buat Album Selepas 16 tahun

Tahniah Abang Salih...nampaknya beliau maju setapak lagi dalam arena hiburan di Malaysia. Tanggungjawap sebagai ketua keluarga sudah tentu menjadi keutamaan abang salih. Kami di Zoomartis sentiasa mendoakan kejayaan abang Salih. Berikut "Statement" yang sempat ZoOm petik dari akhbar online.

Julai 31, 2010

Gambar Keluarga Bahagia Salih Yaccob !!

KELUARGA  bahagia...Salih Yaccob bersama ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama lapan daripada sebelas anak-anaknya