Jun 30, 2011

Isteri Abang Salih Yaacob Terasa Hati Dengan Bini Muda !!!

Sabar je la abang Salih Oiiiiii....maklum sajalah dekat luar sana tu cemburu dan geram sebab tak dapat sampai quota. ZoOM tahu Abang SY kita adil dan saksama menjalankan tanggungjawap sebagai seorang suami. Nak buat macam mana 1001 perangai dekat luar sana.

Ops ZoOm susah nak tidur malam ni sebab ada tugas yang perlu diselesaikan, namun terkejut juga sebab tajuk dia dah macam betul. Rupa-rupanya perasaan abang SY kita je yang tahu gerak hati isteri-isteri tua yang mungkin sedikit tersisih sebab abang SY asyik bawa bini muda je.

Namun berikut jawapan Abang SY kita apabila ditanya wartawan :


"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar. 
"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu. 
Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.
 
"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.
"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih.
Info : Mstar

ZoOM : Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dan jagalah isteri2 anda jika berpoligami..sentiasa adil. Bak kata pepatah " Lidah lebih berbisa daripada Pedang kerana ia tidak luka tapi sampai ke hati"

KOmen jangan tak komen !!!



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!