Memaparkan catatan dengan label Maya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maya. Papar semua catatan

Februari 04, 2011

Yusry KRU Nafi Bercinta Dengan Maya Tetapi Masih Mencari Wanita Lain !!

Lama juga gossip mengenai kisah Maya Karin dan Yusry ni, satu persatu topic yang dibincangkan dimana-mana sumber pasti tidak akan terlepas membicarakannya. Dan yang terbaru Yusry tampil menjawap gossip mengenai beliau bercinta dengan Maya Karin. 


Yusry menafikan beliau bercinta dengan Maya Karin, dan dalam "Statement" baru-baru ini beliau tampil dengan jawapan dan luahan berikut menafikan kisah percintaannya dengan primadona Maya Karin :) 


Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.

November 24, 2010

Maya Kembali Dengan Album Baru Muncul Tahun 2011

Setelah sekian lama sepi daripada bidang nanyian akhirnya Maya Karin kembali dengan kombinasi album baru yang dikatakan akan muncul tahun 2011.


Maya Karin mula menceburi bidang muzik pada tahun 2001 dengan album Erti Cinta yang membolehkan beliau merangkul anugerah Artis Baru Terbaik di AIM.

Disember 26, 2009

(Perkahwinan) Gambar majlis perkahwinan Maya dan Reza




Impian dan hajat pelakon dan penyanyi terkenal dengan lagu 'Matahari' akhirnya tertunai apabila majlis selama empat bulan ini berlangsung dengan sederhana namun meriah di dewan jubli intan Batu Pahat, Johor pada tanggal 13 Disember lalu.Jum kita ZoOm gambar perkahwinan beliau..gambar selebihnya di bawah :)



Baca Selanjutnya








Jun 13, 2009

(Celebrity News) Maya (Matahari) nikah 26 Jun ini

Penyanyi dan pelakon Maya (Matahari) akan bernikah dengan anak saudara Sultan Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 di sebuah masjid di Taman Tar, Ampang.

Maya atau nama penuhnya Meyanaliza Ruslee ditunangkan dengan Shahreza dua minggu lalu dalam majlis sederhana di rumah abangnya di Cheras.


"Kami bernikah dulu sebab dalam masa terdekat ini tempat yang kami tempah untuk majlis bersanding tidak ada. Sekiranya segala perancangan berjalan lancar kami akan bersanding sekitar bulan Oktober nanti. Majlis sebelah saya akan diadakan di Batu Pahat, Johor," kata Maya kepada Mangga Online.

Maya mula menghantar kad undangan kepada pihak media dan rakan-rakan untuk menghadiri majlis pernikahannya nanti.

Tengku Shahreza, 38, ialah anak kepada Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Sultan Sir Abu Bakar. Beliau seorang ahli perniagaan dalam bidang pertanian dan pembinaan.

"Saya kenal Shahreza sejak empat tahun lalu. Dia tak Maya pada majlis bertunang.
menghalang saya untuk terus berlakon dan menyanyi," kata Maya yang masih sibuk menjalani penggambaran drama Ceplos musim kedua walaupun sedang mempersiapkan majlis pernikahan.

Pada majlis pernikahannya nanti Maya akan disolek oleh Nurul Shukur. Nurul juga menyediakan persalinan pengantin. Juadah pula akan disediakan oleh Chef Zainal dari Restoran Tanjung Peteri, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

"Saya harap segala perancangan akan berjalan lancar. Yalah kawan-kawan saya ada yang dah mendodoi anak," kata Maya yang nampak semakin bahagia menunggu hari bergelar isteri.

Semoga Berbahagia Dari Zoom Admin..