Februari 04, 2011

Yusry KRU Nafi Bercinta Dengan Maya Tetapi Masih Mencari Wanita Lain !!

Lama juga gossip mengenai kisah Maya Karin dan Yusry ni, satu persatu topic yang dibincangkan dimana-mana sumber pasti tidak akan terlepas membicarakannya. Dan yang terbaru Yusry tampil menjawap gossip mengenai beliau bercinta dengan Maya Karin. 


Yusry menafikan beliau bercinta dengan Maya Karin, dan dalam "Statement" baru-baru ini beliau tampil dengan jawapan dan luahan berikut menafikan kisah percintaannya dengan primadona Maya Karin :) 


Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.


Jelas Yusry, antara mereka berdua tidak mungkin terjalin sesuatu yang intim kerana hubungan tersebut telah pun melewati sempadan usia yang terlalu lama hinggakan tak mungkin terbit rasa sayang di hati masing-masing.
"Kami sudah berkawan terlalu lama hampir 10 tahun, jadi dia (Maya) memang kawan baik saya. Tak mungkin timbul rasa sayang atau cinta kerana kami tahu hati masing-masing. Saya selesa berkawan dengan dia dan saya yakin dia juga merasai apa yang saya rasa. Kami sudah serasi sebagai kawan sahaja," katanya membuka bicara mengenai cinta dan perasaannya terhadap wanita.

Tidak pernah menutup pintu hatinya terhadap ikatan perkahwinan, jauh sekali menjadikan kesibukkan sebagai alasan untuk hidup bersendirian, kata peminat kumpulan lagenda The Beatles ini, sepanjang bergelar duda, sudah beberapa kali dia cuba menjalinkan hubungan cinta namun semuanya putus di tengah jalan.
"Sebenarnya ramai yang tak tahu, sejak solo sudah beberapa kali bercinta tapi semuanya tak menjadi. Ramai yang tak tahu sebab ketika saya bercinta itu wanita berkenaan bukanlah selebriti jadi orang tak perasaan.

"Jadi ketika dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan apabila tak berjaya, saya menerima keadaan itu dan saya akan terus mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup," katanya yang tidak pernah meletakan sebarang syarat mahupun kriteria tertentu kepada wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Berkongsi cerita jelas Yusry, dia tidak kisah wanita mana yang akan singgah di hatinya, namun mengakui wanita muda lebih berani mencuba mencari cintanya.
"Saya ini pemalu, jadi takut di reject apabila orang bagi hint pada saya baru saya berani nak mengambil langkah seterusnya. Saya tak kisah wanita itu solo ke, janda ke atau berusia asal yang dapat menerima saya sudah memadai. Tapi apa yang dapat saya lihat sekarang, ramai wanita muda yang berani mencuba 'tackle' saya. Jauh lebih muda dari saya lebih kurang macam umur 20-an. Malah bekas teman wanita saya dulu pun baru berusia 21 tahun," katanya yang baru sahaja putus cinta tahun lalu.