Februari 25, 2012

Resepi Nasi Daging

(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmati - dibersih & direndam selama 10 minit
2 cawan air panas
5 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga - diketuk
2 tangkai daun ketumbar - dikerat 2 cm
2 cm halia - ditumbuk halus
2 sudu besar bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Sup Daging:
(Direbus hingga empuk)

500 gm daging bahagian dada
Air secukupnya
1 bungkus perencah sup bunjut
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Hiasan:
Bawang goreng
1 tangkai daun sup - dihiris halus
1 tangkai daun bawang - dihiris halus

Cara Menyediakan:
1. Beras dibersihkan dan dituskan sebelum dimasukkan ke dalam kaserol atau mangkuk nasi mikro. Masukkan air panas dan juga satu cawan sup daging, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, halia, bawang goreng, garam dan daun ketumbar.
2. Masak dengan kuasa high selama 15 minit. Bila air kering, kacau hingga rata. Pastikan mangkuk sentiasa ditutup dan biarkan beberapa minit di dalam ketuhar supaya nasi kembang dan masak sepenuhnya.
3. Semasa menghidang, masukkan daging ke dalam nasi dan taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan bersama sup dan juga sos cili.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!