Februari 24, 2012

Fauzi Memarahi Lisdawati Di Set Penggambaran Filem Pak Pong | Sinopsis Filem Pak Pong

Jika ikut adat berkerja bersama dengan suami sudah tentu banyak mata akan memandang kerana sudah menjadi resam pekerjaan seseorang akan berlaku tidak adil dalam hal perkerjaan ditempat yang sama. Malah kata orang jika berkerja dalam tempat yang sama sudah pasti ia akan sampai di rumah. Namun ZoOM tertarik dengan cerita pelakon kepada pengarah filem Pak Pong yakni Fauzi yang juga mantan suami Lisdawati kerana tidak memilih bulu.

Terbaru ZoOM membaca Kisah Fauzi memarahi Lisdawati kerana tidak menepati citarasa beliau semasa penggambaran Filem di set. Nak buat macam mana kerja tetap kerja dan itulah konsep dan pendirian Fauzi dalam menempuh dunia pengarah Filem. Dan berikut beberapa jawapan dan luahan Lisda mengenai suami dan pengarah beliau :

“Saya baru saja selesai berlakon filem ‘Pak Pong’. Saya memegang watak jahat sebagai jin tanah. Walaupun terlibat dalam dua babak saja selama lima hari, namun ia merupakan babak besar iaitu babak pertarungan dengan kumpulan bunian,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

“Ramai orang ingat bila suami saya pengarah, saya mendapat kelebihan. Tidak, saya sendiri kena marah di set. Dia marah sebab saya tak nampak jahat. Dia lebih faham apa yang diperlukan dan saya terpaksa jadi keras dalam filem ini,” ujar LIsdawati mengakui tidak berkepit dengan suaminya di set.

“Saya tak berkepit langsung dengan dia di set. Saya bagi dia buat kerja dia dan tak campur langsung hubungan suami isteri. Bagi saya, kerja adalah kerja. Ini kali pertama dia mengarah filem dan saya gembira mendengar komen positif dari seluruh tenaga produksi.

“Bukan itu saja, mereka suka kerja dengan dia kerana dia tak garang dan sangat kelakar. Di set, dia juga seorang yang sangat fokus bekerja. Dia ada satu visi yang sangat jauh dan ramai nampak komitmen yang diberinya sangat tinggi.”

Umum dah mengetahui, Fauzi merupakan pelakon lagak ngeri yang suka melakukan aksi stunt yang agak berbahaya. Namun, ramai yang tidak tahu Lisadawati juga kini dalam proses mempelajari aksi-aksi stunt. Jika dilihat dari perwatakannya yang lembut, mampukah ibu kepada dua orang cahayamata ini melakukannya.

“InsyaAllah, saya tengah buktikan yang saya tak selembut yang mereka sangka. Sekarang ini saya selalu pergi gymnasium untuk meningkatkan stamina. Saya buat semua ini untuk nampak kuat bila buat babak gaduh. Macam dalam filem ‘Pak Pong’ sendiri, saya berlatih selama 3 minggu walaupun watak saya sikit.

“Saya sukakan watak bergaduh tapi tak pernah diberi peluang. Bila dapat tawaran ini, saya buat bersungguh-sungguh untuk menjayakan watak saya. Ini percubaan kali pertama dan saya tak gayat bila tergantung menggunakan kabel. Saya juga praktis dalam air untuk membuat aksi ‘flip’. Pernah ketika buat latihan, saya terjatuh dan terhentak kepala,” ujar Lisdawati yang kini sedang menjalani penggambaran telemovie, ‘Ibu Tiri’ untuk TV3.

Sinopsis :
Pak Pon

g adalah sebuah filem bergenre aksi komedi yang skripnya saya tulis sendiri. Saya telah memilih Neelofa, Siti Saleha dan Fathia sebagai bintang-bintang yang akan mewarnai filem ini. Bagaimanapun, hero filem ini masih belum pasti sebab pilihan pertama saya iaitu Aaron Aziz tidak dapat melakukannya.

Besar kemungkinan saya akan gunakan Hairul Azreen. Mungkin tidak ramai yang kenal dengan nama ini, tapi Azreen ialah pelakon yang bagus. Saya yang membawa masuk dia ke dalam industri dan rasanya tidak salah kalau saya beri dia peluang. Kalau ikut jadual, kita akan mulakan penggambaran pada 16 Januari hadapan di Betong dan Songkla, Thailand,” ujar Fauzi membuka cerita.

Ditanya apakah maksud di sebalik perkataan ‘Pak Pong’, Fauzi memberitahu Pak Pong adalah nama sebuah Kitab Pengasih yang terkenal di kalangan masyarakat Thailand.

“Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan. Dia mahu menjadi lelaki normal yang lebih kacak. Macam watak Si Bongkok dalam cerita Sumpah Orang Minyak, arahan P.Ramlee itu. Selepas menuntut ilmu yang salah, lelaki ini lupa diri dan akhirnya perbuatannya itu memakan diri sendiri,” ujar Fauzi yang akan turut berlakon sebagai Kassim.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!