Februari 25, 2012

Gambar Kahwin Ana Raffali dan Naim



Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan Ana Raffali dan suami Ahmad Aznaim Abdullah, Majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati pada pukul 12 tengah hari tadi berlangsung dengan penuh bermakna bagi pasangan ini.

Pengantin perempuan menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.


Manakala Naim membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.

Semoga Ana Dan Naim kekal hingga ke akhir hayat.
Credit Gambar : Rotikaya.com

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!