September 02, 2011

Kata-Kata Kesat Gambit Saifullah di Facebook

Satu lagi konterversi yang Gambit Saifullah cetuskan kesan daripada tulisan beliau di dalam laman Facebook sehingga membuatkan ramai kaki komen di forum terkenal naik angin dengan apa yang Gambit luahkan. Jika benarlah apa yang beliau komen didalam facebook (seperti gambar yang diupload), aQesya rasa kita sebagai umatnya terutamanya dalam bulan yang mulia ini tidak sepatutnya berlaku.

Sehingga hari ini fans page beliau sudah menerima beratus-ratus komen cetusan daripada "Statement" panas beliau dalam fans page. Tidak sepatutnya disamakan manusia dengan binatang, kita dicipta lebih sempurna daripada apa yang ada di muka bumi ini, sepatutnya kita bersyukur dan bangga dengan anugerahnya.


Mungkin pada ketika itu beliau terlalu marah dengan beberapa individu yang sering membuatkannya sakit hati dan menyimpan dendam. Namun dalam kita bergelumang dengan emosi sepatutnya kita perlu mengawal agar ia tidak memakan diri dan perasaan. Apatah lagi jika dilahirkan sebagai penghibur di dunia khasnya di Malaysia yang indah dan aman ini.

Apa-apa pun semoga beliau sedar akan kesilapan yang mungkin terlepas pandang, dan sama-samakita mendoakan kejayaan beliau dalam industri yang diceburinya.

Apa komen anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!