Januari 01, 2011

Maizawati Bekas Isteri Ustaz Akhil Kemalangan

Diawal pagi tahun baru ni kita dikejutkan dengan berita kemalangan bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36. Syukur alhamdulillah, Maizawati dilaporkan stabil bersama kandungannya berusia 5 bulan itu.

Kemalangan tersebut berlaku pada 5:15 pagi 28 Dis tu melibatkan kenderaan yang dipandu Maizawati dengan sebuah kenderaan lain di Ipoh. Terkini Maizawati telah selamat selepas menjalani pembedahan tangan kirnya yang patah dan sekarang ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.