Disember 31, 2010

Gambar Anak Rosyam Nor Yang Comel Di ASK 2010

Boleh tahan juga anak-anak abang Rosyam Nor kita ni, mungkinkah suatu hari nanti akan menjadi seorang artis seperti abang Rosyam kita :). Gambar ini ZoOm dapat dari satu laman blog yang ZoOm suka lawati dan kongsi bersama pembaca di ZoOmartis. Maklumlah ZoOm ni bukan wartawan tetapi hanya ingin berkongsi dengan anda apa yang berlaku di Alam Maya.

 Rosyam dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu. Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut. -mStar