Januari 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 Daripada Zoom Admin

Dalam  kesibukan dengan tugas-tugas seharian ZoOm nak selitkan juga posting 1 Jan  2010 untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis

Kita ni dah berada di ambang tahun baru 2011. Tahun 2010 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan. Pahit manis jangan dibuang, jadikan dia teladan dan sempadan. Sejarah diri yang kita sendiri boleh kaji dan pelajari untuk kebaikan diri sendiri. Moga apa yang kita semua lalui ini akan mengajar kita satu erti hidup dalam mematangkan lagi diri.

Bagaimana biasa, tahun baru masihi akan disambut meriah, tak serupa tahun baru hijrah. Namun tak salah kita nak sambut tahun baru yang bakal menjelma ni tapi haruslah bersyarat. Jangan ada unsur unsur keagamaan yang membawa kita menyimpang dari Islam, jangan gatai lebih bercampur lelaki dan pompuan, agama kena jaga dan pelihara. Kalau kita tak jaga, sapa lagi yang nak diharapkan. Elakkan hiburan-hiburan yang melalaikan kita dari Tuhan.

Azam, pun tak salah nak berazam... tapi kena realistik dan mampu direalisasikan oleh kita. Takkan kita tak tau kot kemampuan diri, boleh buat ka tak boleh... hihi... Kesimpulannya, jom la kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2011 nanti.

Azam Baru Zoom untuk www.zoomartis.net, ingin menubuhkan kelab dan aktiviti yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca selain mengeratkan silaturahim diantara pembaca. Insyallah.

Dan Semoga tahun baru ini akan membawa satu azam yang mengembirakan hati anda..

Apa azam baru anda tahun ini ? marilah berkongsi bersama dengan pembaca di Zoomartis.