Disember 01, 2010

Kutipan Filem Apalam Sudah Mencecah 400 ribu Dan Trailer Apallam

PETALING JAYA: Filem arahan Afdlyn Shauki, Appalam, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM400,000 dalam masa hanya tiga hari saja.
Menurut Penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu 25 November hingga 27 November lalu.
"Setakat ini, Appalam mendapat sambutan yang menggalakkan dan kebanyakan penonton terdiri daripada berbilang kaum.
"Malah, filem ini ditonton oleh keluarga dimana ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk menonton Appalam.
"Jika berdasarkan lokasi pula, kawasan Bukit Tinggi menerima kunjungan penonton yang tertinggi iaitu lebih daripada 20,000 orang.

"Kami berharap agar lebih ramai lagi yang akan menyaksikan filem ini yang sarat dengan mesej-mesej yang berguna.
"Kebetulan pula sekarang ini adalah musim cuti sekolah, kanak-kanak sekolah digalakkan menonton kerana ia untuk tontonan semua lapisan masyarakat," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Appalam merupakan sebuah filem adaptasi yang berinspirasikan naskhah Papadom (2009) oleh pengarah sama, Afdlin Shauki.
Berbeza bahasa dan pelakonnya, Appalam masih lagi bertunjangkan tentang kasih sayang sejati seorang ayah, Appalasamy terhadap anak gadisnya, Shruti.



Credit : Mstar


ZooM; Tahniah kepada pengarah filem ini Afdlyn Shauki kerana hanya 3 hari sahaja sudah berjaya mencapai kutipan 400 Ribu....bukan 40 Juta tau... :)


Apa kata anda ?