Mei 30, 2010

Camelia Dah Berkahwin Dan Bergelar Datin !!?

Akhirnya Camelia tampil menjawap gossip yang beliau sudah mendirikan rumahtangga ikuti luahan si isteri orang ini dengan wartawan ..Apa pun semoga bahagia hingga ke akhir hayat.Mulakanlah hidup baru dan lupakan suka dan duka..!!!


PETALING JAYA: Penyanyi dan hos popular program Casa Impian, Dayang Nur Camelia Abang Khalid atau lebih dikenali dengan nama Camelia khabarnya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan beberapa bulan yang lalu.


Menurut sumber-sumber yang rapat dengan beliau, suami baru Camelia itu bukanlah Wira Tun Daim Zainuddin yang sebelum ini dikaitkan dengannya.


Sumber itu tidak menafikan bahawa hubungan rapat antara Camelia dengan anak bekas menteri kewangan itu menjadi punca orang mengatakan penyanyi kelahiran Sarawak itu berkahwin dengannya.


"Ya benar, Camelia telah berkahwin dan kini menetap di Bangkok tetapi bukan dengan anak Tun Daim sebaliknya dengan seorang usahawan yang telah lama dikenalinya," kata sumber tersebut kepada mStar Online hari ini.