April 15, 2010

Ida Nerina minta cerai! !!?

Aktres Ida Nerina didakwa meminta cerai daripada suaminya, bekas gitaris kumpulan Blackrose, Sha'arin Mohd. Razali selepas mereka bertengkar pada hari raya kedua, tahun lalu.


Menurut Sha'arin, 41, dia kemudian menceraikan Ida Nerina, 45, tanpa menyebut jumlah talak sebelum dihalau keluar dari rumah mereka di Metropolitan Square, Damansara Perdana.


Sha'arin berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunos Mohamad Zin semasa perbicaraan pengesahan lafaz cerai yang difailkan pada 29 Oktober tahun lalu.


Heroin filem Anak itu bagaimanapun tidak hadir dan mahkamah dimaklumkan peguam Akbardin Abdul Kader bahawa anak guamnya masih menjalani rawatan dan akan hadir pada tarikh akan datang.


Zoom: Makin panas cerita ini...Apa kata anda ?