AKTRES Sheila Rusly terpaksa memberanikan diri bergayut dari tempat-tempat tinggi bagi memberi penghayatan pada watak jahat yang dibawanya, 'Malika', dalam drama 'Cucu Betong'.
Sheila menganggap aksi bergantung di tempat tinggi ini salah satu cabaran yang perlu dihadapinya untuk drama seram ini.
'Cucu Betong' akan ke udara pada pukul 4.30 petang dari hari Isnin (8 Disember) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3 dan merupakan kesinambungan drama ‘Anak Betong’ yang pernah popular sedikit masa dulu.
'Cucu Betong' dan 'Anak Betong' adalah arahan suami Sheila, Jinggo.
Baca Selanjutnya
Namun, kata Shiela, ini tidak bermakna yang dia tidak risau mengenai keselamatan diri.
"Walaupun risau mengenai keselamatan diri, saya tetap memberanikan diri untuk bergantung dari tempat-tempat yang tinggi seperti di atas pokok dan bangunan pada waktu malam.
"Saya lakukan semua ini untuk mendapatkan sudut penggambaran yang terbaik," jelas Shiela semasa ditemui di majlis ramah mesra drama bersiri ‘Cucu Betong’ di Sri Pentas semalam.
Zoom: Tabik Spring Kat AKak Shiela ni,walaupun sudah bertudung tetapi dalam lakonan tetap mantap dan superb...APa kata anda !!?