'Drakula' yang kini menjadi kegilaan ramai anak gadis yang dilakonkan oleh aktor Robert Pattinson berasal dari England, beliau terpaksa melalui 'kesakitan' untuk memiliki wajah 'drakula' idaman tersebut.
Aktor kacak tinggi lampai itu tidak berasa gembira tentang transformasi yang terpaksa dilaluinya untuk kelihatan seperti watak Edward Cullen, drakula dalam 'Twilight: New Moon" yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Antara ciri-ciri khas yang ada pada Edward Cullen ialah bibir merah warna darah. Kata Robert, untuk mempunyai berbibir merah ala drakula amat menyakitkan kerana dia terpaksa dipakaikan gincu merah seperti darah, berlapis-lapis. Warnanya pula mestilah nampak semulajadi dan tidak berkilat.
Baca Selanjutnya
Dia juga dipantis alis mata dan mencabut bulu kening. Mula-mula dia enggan mekaukan semua ini kerana semua tu adalah untuk orang perempuan tapi lama kelamaan dia terpaksa beralah. Pelakon yang tiba-tiba saja menjadi kegilaan ini, terpaksa dipakaikan bedak yang lebih putih agar wajahnya kelihatan sedikit pucat dan bibirnya terpaksa senantiasa dipakaikan gincu.
“Memang saya rasa agak malu kerana terpaksa pakai gincu untuk watak itu. Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa saya perlu lakukan semua itu. Pakai lipstick dan memakai bedak putih supaya kelihatan pucat. Bila saya lihat wajah saya di cermin, saya rasa seperti orang mati," kata pelakon ini.
Zoom:patutlah Macam Drakula...!!!! siapa dah tengok cerita ini komen sket !!!!