Februari 15, 2010

(News) Model Amber Chia akan berkahwin tahun ini !!

Model kelahiran Tawau sabah ini akhirnya akur dengan pengedaran masa yang semakin mencemburuinya, tanpa seseorang peneman di sisi pastinya hidup tidak sempurna.Mungkin dengan adanya seseorang akan menjadikan beliau lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu.Jom baca luahan Model terkenal ini...



Baca Selanjutnya

Lelaki bertuah yang berjaya memikat hati wanita itu merupakan anak jati Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Pada usianya bakal mencecah 30 tahun dua tahun lagi, Amber secara peribadi sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri.

Dalam perbualan yang berlangsung penuh ceria itu, dia sudah mula merancang tarikh perkahwinannya.

Namun, bimbang rencana itu tidak menjadi kenyataan, Amber lebih senang mengumumkan dia berhasrat mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.

"Kemungkinan saya kahwin tahun ini juga. Ini kerana kawan-kawan saya semasa zaman sekolah sudah ramai yang kahwin,"
katanya menyambung perbualan.

Bagi Amber, dia sangat menghormati institusi perkahwinan dan lebih utama lagi dia sangat-sangat menyenangi kehadiran anak-anak kecil.

"Saya sangat menyukai kanak-kanak. Saya berdoa selepas kahwin akan segera mendapat cahaya mata.

"Pada masa yang sama, saya berharap dan berdoa bakal suami saya akan memberikan kebahagiaan dan menjaga saya dengan sebaik yang mungkin," Amber menyuarakan hasrat hatinya.

Bertepatan dengan imej dan peribadi Amber yang sangat sederhana, emosi yang serupa diterjemahkan model itu terhadap cintanya kepada bakal suaminya.