Februari 16, 2010
(Gossip) Heliza Nafi Akan Kahwin 'Datuk'
Ditanya mengenai desas-desus mengatakan bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang bergelar 'Datuk' pertengahan tahun ini, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi yang agak tenang dengan gosip sebegitu memberitahu, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
"Saya pelik, orang luar lebih tahu daripada saya sendiri, saya pun tidak tahu dari mana cerita ini.
"Macam mana saya nak kahwin, calonnya pun saya tiada. Sekarang ini, saya mahu tumpukan belajar dan kerjaya saya.
"Tidak pernah saya terfikir untuk berkahwin, belajar pun belum habis, nanti mak saya marah pula," katanya dalam nada bergurau.
Mengakui mengenali ramai individu yang dianggapnya sebagai kawan dan kenalan bisnes, Heliza, 24, memberitahu, dia sesekali tidak akan menyembunyikan perkara tersebut sekiranya dia akan berkahwin.