Februari 11, 2010

(Cerita Artis) Flop Poopy album baru berjudul Rasa !!

Tahniah kepada kumpulan Flop Poopy kerana maju setapak lagi dengan lahirnya album baru berjudul "Rasa" yang akan dipasarkan di tempat anda.

Flop Poppy telah melancarkan album baru berjudul RASA bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 10 Feb. Rasa merupakan simbolik kepada jiwa dan naluri manusia yang sentiasa wujud dalam hati untuk diluahkan. Album ini adalah luahan perasaan Flop Poppy untuk semua peminat muzik tanahair.

Flop Poppy sebenarnya sudah mula aktif main muzik dalam arena muzik underground sejak tahun 1989 yang mana ketika itu, Andy sebagai pemain gitar utama dan Radhi OAG sebagai vokalis.



Baca Selanjutnya

Album Circle of Friends yang diterbitkan dalam tahun 1991 telah mula memperkenalkan kumpulan ini kepada khalayak ramai.

Tahun 2010, band yang dianggotai oleh Andy – vokalis, Cha A – lead gitar, Megat – gitar, Vijay – pemain bass ini kembali bertahan di bawah naungan Floppy Records (M) Sdn Bhd dengan melahirkan album ke 5… RASA!

Di majlis sidang media dan pelancaran album ini, Flop Poppy telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Kasih Nafas Diri, Dendang Remaja dan Semua Untuk Mu. Juga rangkaian lagu medley iaitu Atas Nama Cinta dan Cinta.

Antara lagu yang terkandung dalam album Rasa ialah:

1-Dendang Remaja
2-Kasih Nafas Diri
3-Impian di Ibukota
4-Semua Untukmu
5-Tawan
6-Lafaz Cinta
7-Mungkinkah
8-Pelangi
9-Jebak
10-Dedicated to You
11-Selamanya
12-Rasa