November 08, 2009

(Sehati Berdansa) Siapa Akan Tersingkir Dalam Sehati Berdansa Malam ini !!!


Minggu sebelumnya Pasangan Anita Baharom, 26, dan suami Mohamad Ismadi Ismail, 38, terpaksa akur dengan keputusan pengundi yang meletakkan mereka di tangga tercorot dan sekali gus menjadi pasangan pertama tersingkir di pentas Sehati Berdansa 3 (SB3).

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari pada Malam Debaran Sehati Berdansa (SB3) yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam tadi nyata mengejutkan semua pihak oleh kerana ramai mempercayai pasangan Mirna diisingkirkan.

Mirna dan isterinya, Norah yang sebelum ini berada di tangga terbawah menarik nafas lega apabila melompat 2 anak tangga dengan mengumpul mata 42.56 pada minggu ini, mengatasi pasangan Oshin 42.07 dan Anita. 41.74



Baca Selanjutnya

Selepas undian ditutup pasangan Sazzy berada di tangga paling selesa dengan mengumpul 53.02 mata, diikuti Didie 50.03, Dira 49.82, Isma 48.32. Manakala Sein 47.97 dan Enot 43.13.

Anita dan Ismadi hanya mengutip 41.74 mata bagaimanapun tetap mengucapkan terima kasih kepada pengundi. Walaupun tersingkir mereka turut berjaya menyumbangkan RM2,000 kepada Persatuan SLE Malaysia.

Pada pandangan anda siapakah akan tersingkir malam ini, setakat ini undian di Laman Web Murai Pasangan Enot Masih mendahului..

Bagi zoom yang akan ke Final adalah 1 - Isma / ZUl
2 - Didie / Sham
3 - Sein / Nana
4 - Enot / Zul

Tapi bagi anda, siapakah pilihan dihati !!?