Disember 27, 2009

(Sehati Berdansa) Sein dan Nana Juara Sehati Berdansa 3


Kami di warga ZoOm mengucapkan tahniah kepada pasangan Sein dan Nana kerana menjadi juara Sehati Berdansa 3 malam ini.Kadang-kadang meluat juga tengok Papa J, nampak macam over je malam ni mungkin beliau terlalu yakin akan menang kot.Apa pun tahniah juga kepada Papa J kerana berjaya membawa Sazzy dan Nazril ke Final Sehati Berdansa. Inilah yang dinamakan "Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu".



Baca Selanjutnya

PUTRAJAYA, 26 DISEMBER 2009: Pasangan Sein & Nana telah memberikan kejutan apabila mengalahkan pasangan favourite - Sazzy & Nazril - dalam final Sehati Berdansa 3 (SB3) yang baru berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.


Dengan kejayaan itu, Sein & Nana telah memenangi hadiah berupa sebuah kereta Audi A4 (1.8); pakej bulan madu ke Rom (Itali) serta trofi rebutan sumbangan Astro. Selain itu mereka juga berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang diwakili mereka.


Pasangan Sazzy & Nazril pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang pakej percutian ke Australia dan trofi serta dana kepada rumah kebajikan mereka berjumlah RM15,000.