Disember 27, 2009

(Gossip) Zizie isteri ke empat Bung Mokhtar !!!


ZoOm terkejut juga baca gossip mengenai perkahwinan Zizie pelakon drama Suraya ni, mana taknya zoOm fikir yang kedua tetapi ada dua lagi sedia ada. Kalau betul la apa yang digossipkan di laman web gua ni, boleh tahan juga Datuk Bung mokhtar ni..!!! Jum kita ZoOm gossip isteri ke-empat Bung ini ( Kalau Betul ).



Baca Selanjutnya


Kelmarin, Cik Andalusia keluar minum dengan seorang rakan wartawan kerana sudah lama tidak tidak berjumpa. Dalam bercerita tentang kehidupan masing-masing, kami juga sempat bergosip perihal artis. Maklumlah sekarang ini macam-macam berita tergempar yang kita dengar. Salah satunya tentang Zizie Ezette yang berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah.

Menurut rakan Cik Andalusia itu, walaupun Zizie dan Datuk Bung Moktar sudah mengaku mereka sudah bernikah, tetapi masih ada rahsia yang belum terungkai. Hendak tahu apa rahsianya itu? Sebelum dihebahkan, Cik Andalusia hendak ingatkan pada semua, cerita ini hanyalah gosip, sama ada benar atau tidak, hanya pasangan ini yang boleh sahkan.

Menurut sumber kepada rakan Cik Andalusia, status Zizie sekarang bukanlah sebagai isteri kedua, tetapi sebenarnya dia adalah isteri keempat. Sebab itulah dia seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu tentang perkahwinannya itu. Bukan setakat mahu menjaga hati isteri pertama, tetapi isteri kedua dan ketiga juga. Alamak! Kalau betul gosip ini, Cik Andalusia memang terkejut dengan tindakan Zizie ini. Tidak sangka dia sanggup bermadu dengan ramai wanita. Kalau setakat seorang itu, Cik Andalusia boleh lagi terima.

Walau apa pun alasan Zizie, Cik Andalusia harapkan keputusan yang dibuat olehnya adalah yang terbaik. Semoga Zizie lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Bukan mudah menjalani kehidupan bermadu ini
.

Apa kata anda mengenai gossip ini ? makin panas lagi cerita zizie dan Bung ni...!!!