Disember 11, 2009

(Gossip) Nabil Buat Lawak Dengan JPJ Semasa Sekatan Jalan Raya


Nabil oh nabil memang melawak je kerja den ni, Jejaka yang memenangi Raja Lawak sebelum ini meronda-ronda di KL sehinggalah ditahan dalam sekatan jalan raya di Dataran Merdeka.JUm kita baca statement Nabil ni semasa ditahan oleh JPJ !!



Baca Selanjutnya

Ketika ditahan di Dataran Merdeka, Nabil menunggang motosikal berkuasa besar miliknya.

Yang kelakarnya bila ditahan Nabil bukan sahaja serahkan kad pengenalan dan lesen memandu terkininya bahkan semua lesen memandunya termasuklah lesen L dan lesen-lesen yang tamat tempoh.

Kata Nabil, kalau JPJ benarkan, dia nak mohon lesen memandu untuk tempoh sehingga 2020. Ada ke orang lain berani buat lawak begitu?

Kalau Marilynlah, salah ke tak salah, nampak je JPJ atau polis trafik buat sekatan, perut dah menggelegak menahan takut.

Yang buat tak tahan lagi, Nabil siap buat alasan kenapa dia sudi berhenti masa kena tahan.


"Kalau encik-encik JPJ ni yang tahan, tak nak saya berhenti. Tapi saya berhenti ni pun sebab Cik Murni kita ni jer,"
seloroh Nabil sambil menunjukkan isyarat kepada seorang anggota JPJ wanita bernama Murni yang cantik molek di situ.

Nabil oh Nabil, kamu memang pelawak. Sampai abang-abang JPJ pun tak boleh nak serius bila berdepan kamu. Lawak, lawak juga tapi nasib baiklah, Nabil tak kena tahan sebab nombor plat motosikalnya tidak menepati skala JPJ. Dia cuma diberi peringatan sahaja.

Apa komen anda ?