Disember 11, 2009

(Gossip)Pengakuan Kuza Dah Berkahwin Kali ke 3 !!!


Betullah desas desus selama ini yang mengatakan Kuza ni dah berkahwin, selama mana dia mengelak public akan mengetahuinya juga. Manataknya ada berjuta mata di luar sana yang memerhatikan setiap artis di malaysia ni..Kalau setakat orang biasa je masyarakat tutup sebelah mata je, lain pula hal nya jika seseorang tu artis, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan diperhatikan..Apa-apa pun jum zoom statement kuza mengenai perkahwinan kali ke 3 ini ...!!!

"Mereka tak tahu orang itu adalah suami saya sendiri. Ini adalah perkahwinan ketiga bagi saya dan suami. Bukannya saya ingin merahsiakannya selama ini.



Baca Selanjutnya

"Cuma kena berhati-hati dengan apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Takut juga kalau saya bercerita tapi bila tak jadi, diri sendiri yang malu.

"Biarlah secara sederhana tapi kekal sampai bila-bila," ujarnya yang telah melangsungkan perkahwinan beberapa tahun yang lepas bersama lelaki yang berstatus duda.

"Mempunyai tiga anak hasil daripada perkahwinan terdahulu, Kuza menjelaskan beliau dan suami masih merancang untuk menambah orang baru dalam hidup mereka. Suami Kuza, Ramlus Sideqe, juga mempunyai orang anak daripada perkahwinan sebelumnya.

Zoom doakan semoga perkahwinan kali ke 3 ini kekal hingga ke akhir hayat, biar apa orang lain kata hidup mesti diteruskan..!!