Baca Selanjutnya
Teringin Bertemu Teman Baru KD
Pudar sudah episod duka, fokus Anang kini tertumpu kepada kerjaya seni dan anak-anaknya. Biar dengan siapa sekali pun bekas isterinya itu berpacaran, Anang kini lebih bersikap terbuka.
Padanya, kenangan melayari bahtera perkahwinan selama 13 tahun itu biarlah tersimpan erat di dalam kotak ingatannya sahaja.
"Apa yang penting kini adalah untuk terus berkarya kerana itu adalah jiwa saya.
"Mungkin kalau saya seorang penulis, barangkali saya sudah menulis sebuah buku untuk berkongsi perasaan saya. Memandangkan saya seorang seniman, muzik dan lagu adalah saluran terbaik buat saya meluahkan perasaan yang terbuku di hati,"jelas Anang.
Beralih perbualan kepada kesediaannya untuk melihat Kris menjalani hidup baru, Anang berkata bahawa segala yang berlaku telah direncanakan oleh Kris.
Di akhir bicara, Anang turut menyuarakan keinginannya untuk bertemu dengan siapa jua yang bakal bertakhta di hati Kris kelak.
"Saya mendoakan yang terbaik buat Yanti dan semoga dia cepat bertemu jodoh. Sekiranya dia sudah ada calon, saya teringin sekali untuk bertemu dengannya.
"Saya juga teringin sekali bertemu dengan Yanti di dalam satu majlis. Mungkin, jika dia berkahwin satu hari nanti, saya tidak keberatan untuk menghadirinya. Biarpun kami telah berpisah Yanti tetap ibu kepada anak-anak saya,"jelas Anang.
Zoom : Apa Komen anda, kalau Anang ini mengaku kesilapannya. Anda di luar sana berani tak? Terutamanya artis-artis kita masa ni, senyap dan bisu ada lah..!!! APa kata anda mengenai Anang dan Topic ini !!?