“Ketika hendak melakukan persembahan di atas pentas, kita kena lupa apa-apa masalah yang berlaku dalam diri. Kita tidak boleh naik atas pentas dengan masalah. Jadi, sebelum memanjat tangga untuk naik ke pentas, saya terus fikir untuk lupakan masalah. Kalau tidak kita akan rasa stres, jadi diri kita yang akan susah nanti.
“Dari situ kita akan susah senyum dan selepas itu penonton akan ‘cop’ kita sombong sedangkan mereka tidak tahu yang kita sebenarnya mempunyai masalah lain. Begitu juga kalau saya keluar dari rumah, saya akan cuba sembunyikan perasaan stres itu. Tapi kadangkala ada juga tidak boleh ‘cover’,”katanya yang ligat memenuhi undangan persembahan sekarang.
Baca Selanjutnya
Menurut pemilik nama Mohd Idris Mohd Zaizizi ini, selepas memenangi tempat kedua dalam AF6, dia diundang untuk menjayakan banyak persembahan termasuk makan malam melibatkan orang kenamaan dan kerabat diraja. Antara kerabat diraja itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Kerabat Diraja Perak dan Kerabat Diraja Pahang.
“Saya sudah beberapa kali diundang menjayakan persembahan di hadapan kerabat diraja. Misalnya, baru-baru ini di hadapan Kerabat Diraja Pahang buat pertama kalinya. Sebelum itu, sudah tiga kali saya mengadakan persembahan di hadapan Kerabat Diraja Perak dan Agong. Sebelum berhadapan dengan mereka, memang saya rasa takut tetapi selepas itu saya cuba kawal perasaan gugup itu perlahan-lahan agar suara saya tidak bergetar.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih bersemangat apabila mereka bertepuk tangan dan akhirnya persembahan itu berjaya. Misalnya saya berasa sangat gembira dan lega apabila tengok Sultan Pahang menepuk tangan dengan bersungguh-sungguh selepas saya menyanyikan lagu ‘Kasih Berubah’ dan ‘Bermula Semula’ di majlis makan malam sempena Festival Fesyen Islam 2009 baru-baru ini,” kata penyanyi yang turut popular dengan lagu ‘Hanya Sandiwara’ ini.
Selain itu, pemuda berasal dari Grik, Perak ini turut berasa bertuah apabila selalu mendapat undangan melakukan persembahan di majlis orang-orang berada. Malah dia tidak menafikan ada kalangan VIP berstatus Datuk dan Datin yang meminatinya.
“Saya bersyukur sebab ada kalangan orang kaya yang mahu membeli album dan menjemput saya untuk membuat ‘show’ seperti di majlis hari jadi anak-anak mereka. Dari situ, Datuk dan Datin ini akan kenalkan saya dengan kawan-kawan mereka sekaligus melebarkan rezeki saya. Sekurang-kurangnya, hasil titik peluh saya ini boleh menampung perbelanjaan harian saya tetapi sampai bila saya nak bergantung dengan kerja ini...,” jelasnya yang sehingga kini juga mampu membayar ansuran kereta mahal setiap bulan dengan hasil pendapatan yang diperolehinya.
Bukan itu sahaja, Riz juga bersyukur dengan rezeki yang ada kerana dia turut dapat mengagihkan wang itu untuk membayar duit sewa rumah dan membeli pakaian berjenama.
Riz juga mempunyai dua buah restoran, ‘Restoran Riz’ yang diuruskan oleh keluarganya di Grik. Walaupun sudah mampu mengumpul aset dan mengabulkan impiannya bergelar seorang penyanyi, Riz berkata dia masih belum berpuas hati dengan kedudukan sekarang lantas terus memasang angan-angannya untuk bergelar penyanyi yang lebih dikenali pada masa akan datang.
Semoga dia berjaya.....Dan apa kata anda !!?