November 18, 2009

(Gossip)Teman Wanita Awal "Merajuk", Awal Bengang Di Label Playboy !!!!


Kesian kat awal ni, gossip-gossip liar mengenainya membuatkan teman wanitanya ingin memutuskan hubungan.Semuanya gara-gara gossip liar yang menghantuinya, Si Teman wanita sepatutnya kenalah faham kerja sebagai artis ini. Kena kuatkan mental dan zahir jika ingin berkasih atau berkahwin dengan artis.Ini pandangan zoom je, tak tau la pula apa pandangan anda mengenai sesetengah masyarakat di luar sana yang memandang serong dekat awal ni.!! Jum kita zoom "statement" Awal Mengenai Sacha dan kekasih hatinya..!!!



Baca Selanjutnya

Gosip yang mengaitkan Awal dengan Scha Al-Yahya, pengacara bersama program realiti tarian terbitan Astro, Sehati Berdansa, antara penyebab perhubungan mereka seperti menuju ke penghujung.

"Sekarang perhubungan kami dah sangat bermasalah. Dia dah merajuk...kesiankan? Mungkin saya terlalu sibuk dengan kerja saya.

"Bila orang tak percaya saya, saya tawar hati terutama selepas saya memberikan segala-galanya dalam perhubungan ini. Akhirnya, kita tidak bersama. Sekiranya dia sangsi dengan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Awal diminta mengulas perhubungan cintanya ketika ditemui pada sidang akhbar konsert istimewa bertemakan 'Irama Warisan Kita' di Hotel Shangri-La, semalam.

Di sidang akhbar tersebut, Awal turut diumumkan sebagai hos bersama model Deborah Henry untuk konsert itu yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada 11 dan 12 Disember ini pada pukul 8.30 malam serta 13 Disember ini, 3 petang.

Awal tidak menolak andaian artis memang selalu dikaitkan dengan gosip. "Kalau kita nak hidup bersama, kita kena trust satu sama lain. Tapi bukan semua orang boleh terima hakikat ini."

"Setiap kali saya berlakon dengan Lisa Surihani, saya digosipkan dengannya. Bila berlakon dengan Diana Danielle pula, saya digosipkan dengan Diana."

"Sekiranya ditakdirkan kami tak bersama, terima kasihlah kepada yang menyebarkan gosip-gosip sedemikian," luah isi hati Awal.

Ekoran khabar angin liar sedemikian, pengacara Sehati Berdansa itu memberitahu dia berasa malu berjumpa dengan keluarga temannya itu.

"Bila benda-benda ini timbul, saya malu dikatakan seorang playboy, kasanova dan lain-lain padahal saya tidak buat apa-apa yang salah," jelas Awal lagi.

Ditanya bagaimana gosip mengaitkannya dengan Scha itu timbul, Awal memberitahu, dia secara kebetulan terserempak dengan Scha, Nana, Dafi dan Erra sewaktu menyaksikan perlumbaan Formula One (F1) di Singapura.

Kata Awal, ketika itu dia bersama tiga kawan lelaki yang pernah belajar di universiti.

"Di Singapura, kami makan, lepak dan tengok perlumbaan Formula One (F1). Lepas itu, Scha, yang sukakan alat Global Positioning System dan ingin membeli gadget itu kerana di Singapura lebih murah.

"Saya juga suka gadget, jadi kami pun pergi ke Simlin Tower. Saya, yang bawa kereta pada malam itu. Tak ada sebarang benda personal yang berlaku..tapi media telah memutarbelitkannya.

"Bila teman wanita saya tahu, dia kata "Oh you tipu I". Jadi macam inilah kesudahannya," kata Awal yang terkilan dengan apa yang telah berlaku.

Dari sudut yang lain pula, Scha juga telah putus cinta dengan pelakon Fahrin Ahmad baru-baru ini. Secara kebetulan, mereka bertiga, Scha, Fahrin dan Awal adalah pengacara Sehati Berdansa yang memasuki musim ketiga.

Justeru, Awal tidak ingin dikaitkan dengan perpisahan dua sahabat baiknya itu dan ingin bebas daripada segala gosip tersebut.

"Kalau orang kata saya orang ketiga, ada juga orang ketiga dalam hubungan saya. Jadi, itu adalah tidak adil. Saya tak nak guna istilah orang ketiga.

"Sebab tak ada pun orang ketiga dalam cerita ini. Scha berpisah dengan Fahrin sebab mereka tak ada jodoh. Dan saya dengan teman wanita saya pula ada problem sebab gosip. Orang ketiga itu sebenarnya tak wujud.....tak ada sebenarnya.

"Jadi saya tak suka gunakan istilah orang ketiga itu... saya tak nak terlibat dan dilibatkan sebagai orang ketiga itu," ujar Awal yang mengakui berkawan rapat dengan Scha.

Lebih-lebih lagi, akui Awal, dia dan Scha berjumpa hampir setiap hari kerana terlibat dalam program Sehati Berdansa iaitu program Kenal Sehati Berdansa, Detik Sehati Berdansa, Di Sebalik Sehati Berdansa, Debaran Satu Berdansa dan Memori Satu Berdansa.

"Saya akui kami memang berkawan rapat. Kami berdua mempunyai tarikan sesama sendiri. Mungkin dia anggap saya sebagai kawan. Tapi tak salah kita berkawan.

"Dia single.. saya pun single.. Saya tidak boleh berkata apa-apa. Saya berserah kepada Tuhan. Sepanjang pengetahuan saya, Scha ialah kawan saya. Saya tak rasa kekok bila mengacarakan Sehati Berdansa bersamanya," katanya.

Mengenai perkembangan terkininya, Awal yang juga pengacara program realiti hiburan One In A Million berkata, dia tengah membuat penggambaran untuk program chit-chat berjudul 'Rentak Bolly' di slot B4U, Astro.

Sementara itu, Awal memberitahu dia juga terlibat dalam penggambaran filem "Niang Rapik". Filem itu dijadualkan keluar ke pawagam pada 18 Februari.

Filem arahan Ahmad Idham ini turut membintangi Liyana Jasmay dan dihasilkan oleh syarikat produksi Excellent Pictures.

Awal berlakon sebagai Amir, pelajar kolej yang diganggu hantu kerana insiden masa silam.

Zoom: Komen ??