November 19, 2009

(Gossip) Vince AF Putus Cinta !!!!


Zoom terbaca dilaman satu laman blog popular mengenai Artis Akademi Fantasia ini,menurut "statement" temuramah yang zoom baca memang tidak dinafikan kisah percintaan Vince dengan Gadis Latin tersebut tersadai di tengah jalan..!!! Jum Zoom "Statement" Tersebut.!!!!



Baca Selanjutnya

Memang sudah lama kita tak dengar cerita tentang juara Akademi Fantasia 1, Vince Chong. Namun selepas lebih dua tahun beliau menyambung belajar dan meninjau peluang di Taiwan, Vince telah muncul kembali beberapa bulan lepas dan dikatakan sedang menyiapkan album terbaru beliau.

Bukan itu saja, Vince juga dikatakan telah menemui cinta di sana, seorang pelajar yang berasal dari negara Mexico, Veronica Larrauri Abad.

Namun, apabila GUA bertemu dengan Vince baru-baru ini, beliau mengaku yang perhubungan itu kini hanya tinggal kenangan.

“Saya akui yang perhubungan jarak jauh memang sangat sukar, walapun kami berhubung hampir setiap hari melalui Internet. Oleh itu, dengan hati yang berat, kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan ini,” katanya.

Tambah Vince lagi, Veronica juga bercadang untuk pulang ke Mexico selepas tamat pengajian untuk menyara kehidupan keluarganya di sana. “Saya pula tentu ingin menetap di Malaysia untuk meneruskan karier saya.”

Episod sedih ini bagaimanapun tidak menganggu fokus Vince untuk menyiapkan album terbaru beliau yang akan diterbitkan di bawah naungan syarikat NSR. Jelasnya: “Album ini sangat istimewa buat saya kerana saya juga bertindak sebagai penerbit buat kali pertama. Dan jika tiada halangan, album ini akan menemui peminat awal tahun depan.”

Credit: GUa

Zoom: Apa KOmen Anda ?