November 13, 2009

(Cerita Artis) Penganjur RTW Jamin Tiada Insiden Buka Baju Lagi !!!




Tahun lalu heboh juga konsert RTW ( Rock The World ), disebabkan Radhi OAG membuka separuh depan bajunya dan bersongkok pada konsert rock yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Merdeka itu. Kes Radhi OAG ni panas macam kisah Faizal Tahir Superman kita tu..!!

Setahu Zoom Faizal Kena Gam 6 bulan tapi Radhi senyap je, malas nak komen tue urusan pihak yang berkenaan..

Namun, nampaknya hukuman itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Radhi. Begitu juga dengan pihak penganjur RTW8, Fat Boys Records Sdn. Bhd. yang didakwa hanya diam membisu saat meminta penjelasan berhubung isu itu.

Apa pun lupakah kisah lama, yang terbaru Penganjur RTW akan berlangsung di Sunway Lagoon, berikut statement mengenai KOnsert pada 19 DEC ini..



Baca Selanjutnya

Namun, nampaknya hukuman itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Radhi. Begitu juga dengan pihak penganjur RTW8, Fat Boys Records Sdn. Bhd. yang didakwa hanya diam membisu saat meminta penjelasan berhubung isu itu.

“Jadi, di kalangan penonton itu pasti ada yang basah. Insiden buka baju di kalangan pemuzik sebelum ini sukar dielakkan kerana terlalu ‘berkhayal’ sewaktu bermain muzik,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Fat Boys Records, Mohamed Zahid Yon ketika sidang media RTW9 di Sunway Lagoon, Selasa lalu.

Lebih 60 band akan dibahagikan kepada tiga pentas itu seperti yang dilakukan tiga tahun lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pentas utama akan dipersembahkan oleh Love Me Butch, Pop Shuvit, Bunkface, Pesawat, Disagree, Zee Avi, Saturnine, Bittersweet, Blind Tribe, John’s Mistress, The Times, Seven Collar T-Shirt, Republic Of Brickfields, Restraint, Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, Bleeding Mascara, Monoloque, Kugiran Di Tepi Pantai, dan Uzumaki.

Sementara pentas indie pula akan diambil alih oleh Brainhead, Car Crash Hearts, Joanna & Co., Pretty Ugly, Skudap Skudip, Auburn, The Otherside Orchestra, Labrat, Couple, Forty Winks, Free Love, Y2K, Stonebay, Sam Kuman, Second Combat, Evenstarr, Robot Asmara, dan Aku.

Pentas ‘chill out’ akan dikuasai oleh Rashdan Harith, Liyana Fizi, Lurks, Otam, Mohd Jayzuan, Azmyl Yunor, Karen Nunis Blackstone, Bo, Sharidir & Nizam P dan Rendra Zawawi.

Zoom KOmen: Zoom tak faham "Statement" Ini, dan kepada yang pergi berhati-hati jangan Khayall.. :P

"Insiden buka baju di kalangan pemuzik sebelum ini sukar dielakkan kerana terlalu ‘berkhayal’ sewaktu bermain muzik,”

Apa KOmen anda !!??