Mei 12, 2009

Gossip : (Gambar) Azizah Mahzan Seksi Dalam Drama Spa Q 2 - Versi Tua Perasan Muda




Pelakon Azizah Mahzan, 45, dikaitkan dengan kontroversi apabila berpakaian seksi dalam drama lakonannya Spa Q musim kedua yang sekarang ini disiarkan di TV3. Dalam drama bersiri itu, Azizah memegang peranan seorang wanita korporat.


Ada yang berkata imej yang dibawa Azizah tidak bersesuaian dengan usianya menyebabkan banyak pihak mempertikaikan penampilan tersebut. Imej itu turut mengingatkan kita mengenai pelakon Norlia Ghani yang kontroversi kerana memakai blaus pendek dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun 2002.

Bagi Azizah, imej yang ditampil itu hanya dalam lakonan saja tetapi tidak ketika berada di luar set penggambaran. Dalam masa yang sama dia turut berpendapat seksi bukan hanya atas pakaian tetapi bentuk badan seseorang itu. Memakai baju kurung juga boleh kelihatan seksi.

“Yang penting saya bukannya telanjang,” kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 25 tahun ini. Selain itu, Pancaindera turut bertanya beberapa perkara termasuklah dia dikatakan bercinta dengan pelakon Zaefrul Nordin apabila gambar-gambar mereka “terlepas” di Internet.

Selepas habis berlakon Spa Q 2, apa projek terbaru?

Akak sekarang tengah shooting dengan produksi Pesona Picture. Drama 13 episod Dia Kak Teh. Drama komedi, kira sibuk sikitlah dengan drama.

Jadi maknanya banyak dapat tawaran dan ini menunjukkan Akak pelakon yang berjaya. Apa komen Akak?

Alhamdulillah. Semua itu rezeki. Kalau nak ikutkan memang banyak tawaran berlakon. Dah tiga telemovie Akak terpaksa tolak. Akak tak suka nak ambil banyak tawaran. Takut nanti tak boleh bagi tumpuan. Susah pula.

Apa cerita ni? Imej dalam Spa Q 2 bukan main seksi lagi. Ramai orang dah mula bercakap.

Sebenarnya soal pakaian kami berbincang dulu sebelum nak pakai apa-apa baju. Baju yang Akak pakai tu baju penaja. Orang bagi kita pakai sajalah. Takkan nak komen pula.

Masalahnya orang kata Akak dah berusia tapi nak jadi macam orang muda. Itulah sebabnya.

Akak tak ada pilihan. Dah bincang dah dengan krew yang uruskan pakaian. Tapi dia orang tak dapat carikan baju untuk watak wanita korporat yang sesuai untuk akak. Nak tak nak Akak pakailah juga sebab akak ni malas nak timbulkan masalah. Akak kata kepada dia orang, “aku pakai seksi ni kalau ada orang bising kau orang jawablah.”

Ada dengar tak orang komen apa-apa kerana penampilan tu?

Entahlah. Tak dengar apa-apa pun. Tapi bila dapat skrip tu akak dah kata nak bagi orang di luar sana meluat dengan watak itu. Bila ada yang meluat, maknanya menjadilah.

Masalahnya sekarang orang mula kritik imej Azizah Mahzan. Orang kata tak sesuai dah pakai macam tu.

Tak kisahlah orang nak kritik atau tak. Selama ni orang kata yang baik ke, yang buruk ke akak tak pernah tahu. Tapi bila difikirkan-fikirkan kalau ada orang komen pasal kita, itu bermakna mereka ambil berat. Akak bersyukur dia orang ambil berat tentang Azizah Mahzan ni. Terima kasih.

Orang kaitkan dengan usia. Akak sekarang dah umur 45 tahun. Kononnya nak jadi macam remaja tapi dah tak sesuai. Komen sikit.

Kalau nak ikutkan ada mak-mak datin yang umur 47 atau 48 tahun pun keluar rumah pakai seksi juga. Cuma dia orang tak keluar di TV. Yang Akak ini selalu keluar TV, orang ramai pula menonton, sebab tu la jadi bualan. Masa akak berlakon teater Lantai T Pinkie dulu, semua orang tertunggu-tunggu nak tengok akak berkemban sampaikan kena potong watak tu. Sebenarnya kalau sebut bab seksi bukan pasal pakaian. Pakai jubah pun boleh seksi. Baju kurung pun seksi juga. Seksi tu bergantung pada bentuk badan kita. Itu saja. Ada orang pakai seksi orang tak tengok pun ada juga. Ada yang pakai tutup dari atas sampai bawah pun kadang-kala orang renung tak berkelip sebab nampak seksi.

Dari segi imej sebenar, macam mana penampilan Azizah Mahzan ni?

Akak ini simple saja. Keluar pakai jean koyak-koyak pun boleh. Tapi hairannya bila akak muncul dalam Spa Q 2 tu macam-macam pula pandangan. Cuba tengok Tiara (Datin Seri Tiara Jacquelina) dalam Puteri Gunung Ledang tu. Dari mula sampai habis dia berkemban. Orang tak kata apa-apa pun. Pada Akak, seksi tu bukan bermakna telanjang.

Ada pula dakwaan kata Akak kaki disko dan agak sosial. Apa cerita pula tu?

Ha… ha… siapa kata pula? Akak ni jenis tak suka keluar rumah. Pergi disko dulu pun lepas belajar ketika umur 21 tahun. Sekarang ni suka lepak rumah saja tengok VCD. Kalau keluar pun pergi ke Bangsar saja dengan kawan-kawan.

Apa hubungan Akak dengan pelakon Zaefrul Nordin. Gambar mesra dah tersebar dalam Internet.

Dia macam keluarga. Kami kenal sejak kecil lagi. Anggap dia macam adik. Akak pun rapat dengan isteri dia. Dia mengingatkan akak kepada pelakon Hani Mohsein (Allahyarham). Akak baik dengan Hani dulu macam dengan Zaefrul inilah. Tapi masa baik dengan Hani dulu tak ada pula orang buat cerita apa-apa pun? Dalam facebook pun orang kata kami macam ada “apa-apa” tapi sebenarnya tidak. Kami boleh berkongsi banyak benda.

Situasi yang berlaku sekarang ni mungkin kerana Akak tak kahwin lagi. Ada tak usaha ke arah itu?

Tak rasa nak kahwin lagi. Peninglah fikir nak bercinta. Tapi akak gembira dengan kehidupan sekarang ni.

Info : OHBULAN