Mei 12, 2009

Kumpulan : Taja (MUH) Muntah Darah

Sumber : Utusan Malaysia

Anggota kumpulan indie nombor satu Meet Uncle Hussain (MUH) iaitu Taja (ketua kumpulan dan pemain gitar) dimasukkan ke hospital selepas muntah darah.

Pada malam Khamis lalu Niezam ada telefon Kimi pengurus kumpulan MUH. Saja nak borak-borak. Tapi kata Kimi masa tu dia berada di Pusat Perubatan Colombia Asia dia Subang Jaya kerana Taja dirawat di hospital.

Menurut cerita Kimi, sebelum ini Taja pernah menghidap ulser di dalam perut tapi penyakit itu sudah pulih. Tapi beberapa hari lalu Taja demam teruk sampailah dia muntah-muntah dan keluar darah yang banyak.


Akhirnya dia terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kata Kimi lagi, doktor mengesan ulser dalam mulutnya menjadi serius. Kerongkong dia luka-luka sehingga ke usus.

Malah doktor juga sedang mencari punca macam mana darah boleh keluar daripada mulut dia tu.

“Sekarang dia dah beransur pulih. Doktor nasihatkan jangan merokok dulu. Tapi keadaan dia agak lemah,” kata Kimi.

Niezam tanya juga apa jadi dengan anggota MUH sebenarnya sebab Niezam dapat mesej mengatakan kumpulan itu berehat seketika.

Kata Kimi, anggota MUH dalam proses nak selesaikan masalah dengan syarikat rakaman mereka.

Kes agak besar sehingga boleh menyebabkan ia dibawa ke mahkamah tapi mereka tak mahu terangkan punca perkara itu kerana segala-galanya diserahkan kepada peguam.

Dalam pada itu MUH terpaksa berehat kerana nak selesaikan isu dalaman yang terjadi di antara mereka. Yalah, semua orang dah tahu penyanyi mereka si Lan khabarnya tak “sebulu” dengan geng-geng lain.

Kerana masalah-masalah itu, dia orang tak nak ambil mana-mana show lagi. Masing-masing akan buat kerja lain. Pendek kata kalau kena jual burger, terpaksalah buat macam tu.