
KUALA LUMPUR, 2 MEI 2009: Tema Teater Muzikal nyata tidak menyebelahi 2 pelajar wanita dari Sarawak iaitu Claudia dan Aishah untuk terus mara ke konsert akhir Akademi Fantasia (AF7) yang hanya tinggal 2 minggu saja lagi.
Aishah yang membawakan lagu Slot Akasia dari Fabulous Cats dan Claudia menerusi lagu Katakan dendangan asal Tiara Jacquelina, telah diumumkan hos AC Mizal menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah daripada penonton.
Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) di Dewan Seri Putra itu sekali lagi menampilkan kelainan di mana pelajar bukan saja menyanyi tetapi berlakon serta menari di pentas.Malah pelbagai gimik telah ditampilkan dengan menjemput ramai artis popular seperti Azrul, Sepah, Tony Eusoff dan Cat Farish yang bergabung tenaga dengan pelajar.
Persembahan solo pelajar lelaki malam tadi ialah Akim (Titah Sultan /Puteri Gunung Ledang), Yazid (Ratu Novella/ Impak Maksima) dan Hafiz (Di Manakan Ku Cari Ganti/ P Ramlee The Musical).
Manakala satu-satunya pelajar wanita yang tinggal iaitu Isma mendendangkan lagu Mulanya Cinta yang menghiasi teater P Ramlee The Musical yang pernah dinyanyikan Dato' Siti Nurhaliza.
Selain persembahan solo, pelajar juga bergabung tenaga melalui 2 lagu bonus iaitu Dewa Perang dari PGL dan What Time Is It? dari filem High School Musical.
Dengan penyingkiran Claudia dan Aishah itu tadi, bermakna tinggallah lagi 4 orang lagi pelajar yang akan beradu nasib untuk mara ke konsert akhir yang akan berlangsung pada 16 Mei 2009. Pengkritik yang bertugas malam tadi ialah Adlin Aman Ramli, Dato' Khatijah Ibrahim dan Edrie Hashim.
Sementara itu, sebelum berakhirnya konsert malam tadi, Principal Tiara J yang terkejut dan tidak puas hati dengan keputusan SMS, telah tampil ke atas pentas. Beliau yang dalam kesedihan kemudian mengumumkan pula Afundi Masuk (AFMasuk) bagi pelajar yang tersingkir.. Namun, keputusan Tiara itu masih belum diketahui bagaimana prosesnya kelak.
Difahamkan, gara-gara terlalu sebak dengan keputusan penyingkiran, Isma tidak dapat menahan kesedihannya hingga pengsan di belakang pentas!
Kini peluang kedua telah diberikan kepada pelajar yang telah tewas. Siapakah di antara 10 pelajar yang telah tersingkir itu akan akan dimasukkan semula?. Adakah Adila, Rini, Obri, Zizi, Rubisa, Sidi, Qhaud, Aril, Claudia atau Aishah?
 
 
