Mei 23, 2010

Lagi Berita Shahrir Akademi Fantasia 8 di akhbar !!!



KUALA LUMPUR: Peserta pilihan Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Shahir, 22, membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND's Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket pelancongan ke New York tajaan Maybelline New York dan set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo.
Dia turut memperolehi jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan AD Time, Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi juara Akademi Fantasia.
Peserta yang berasal dari Kampar, Perak ini pernah tersingkir pada Debaran AF8 minggu ketujuh tetapi diundi masuk ke akademi menerusi AFundi Masuk pada minggu berikutnya.
Semalam, Shahir mendapat peratusan undian tertinggi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 43.19 peratus.
Ini diikuti Adira dengan meraih 25.13 peratus, Daus (12.47 peratus), Maulana (10.2 peratus) dan Iwan (9.01 peratus).
Dalam persembahan akhir itu, Shahir membawakan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Biru Mata Hitamku (Wings) sehingga menambat hati para penonton untuk mengundinya.