Memaparkan catatan dengan label Penjawat Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjawat Awam. Papar semua catatan

Mac 09, 2012

Struktur Gaji Baru SSM 2012 Mengikut Struktur Gaji Minimum - Maksimum

Alhamdulillah dah rezeki Penjawat Awam (Orang Gomen) kerana semalam anda menerima kenaikan gaji 7-13 peratus bergantung kepada jawatan anda.


Dan daripada apa yang ZoOM dengar elaun COLA turut naik...Tahniah..!!!!! Tapi kami warga Pekerja SWASTA Ni bila nak naik !!???


Apa-apa pun tengok je la Info Yang ZOOm jumpa daripada blog MatKedah


CLICK Untuk Besarkan Saiz




Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Julai 28, 2011

Bonus Dua Bulan Kepada Penjawat Awam 2011 - Sumber CUEPACS

KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.