Kerana tidak mempercayai diantara satu sama lain menyebabkan hubungan yang berlandaskan percintaan dan kasih suci akhirnya berakhir dengan kisah berdarah. Walaupun perjalanan hubungan yang sah disulam dengan kemas dan indah, namun dipertengahan jalan benang-benang halus menjadi penghalang sehinggakan terputus dan malahan mengaliran sejarah yang tidak dapat dilupakan.
Dan kisah ini berkait dengan apa yang berlaku di China, kisah bagaimana seorang artis dibunuh oleh suami kerana salah faham, dan berikut berita dan cerita yang ZoOM baca (Hanya berkongsi je tau ) :
BEIJING: Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di daerah Chaoyang di bandar raya ini.
Suaminya, Zhou Chenghai, 44, menikam Bai Jing sebelum membunuh diri, lapor media China.
Aktres berusia 29 tahun itu telah membintangi filem “Kung Fu Wing Chun”, “Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon“ dan puluhan filem lagi, siri televisyen seperti “Legend of Xiangxi”, selain drama kanak-kanak dan rancangan muzikal. Dia dipuji sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan hingga kini adalah bintang


