Untuk makluman semua, pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia hanya akan dilaksanakan mulai November 2012
secara atas talian (online) ataupun melalui kaunter di Pejabat
Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat lembaga Hasil Dalam
Negeri seluruh negara.
Untuk melicinkan proses perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia kali ini.
Pemohon yang telah mendaftar dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia
sebelum ini, tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Hanya pemohon BR1M yang gagal dalam pemohonan sebelum ini sahaja diminta untuk mendaftar semula. Syarat-syarat isi rumah yang layak untuk memohon sama seperti dalam Borang Bantuan Tunai RM500 LHDN Budget 2012 sebelum ini
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kali ini juga diperluaskan kepada
golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak
lebih RM2,000 sebulan. Bagi yang layak, mereka akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM250 secara one off.
Pemberian BR1M 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah
serta 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis