Pemimpin lelaki dan wanita dalam video selama satu minit itu didakwa menyerupai Ahli Parlimen Jawa Tengah, Aria Bima dan Ahli Parlimen Kalimantan Barat, Caroline Margareth Natasha. Polis dalam siasatannya akan mengenal pasti punca penyebaran video seks itu termasuk menjejaki pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya di Internet.
“InĂ merupakan jenayah siber. Polis akan melakukan siasatan rapi dengan bantuan pakar," kata jurucakap Polis Indonesia, Boy Rafli Amar. Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan, video berkenaan pernah dimuat naik di dua laman web iaitu kilikitik.net dan indonesiarayanews.com. Aria, bagaimanapun awal-awal menafikan penglibatan beliau dalam video seks itu.
“Saya boleh memberi jaminan bahawa saya bukan individu yang terlibat dalam video seks itu. Saya masih menyelia laporan media mengenai skandal itu," jelas Aria seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post semalam. Seorang tokoh politik kanan daripada PDI-P, Pramono Anung yang merupakan rakan Aria, menafikan rakan seperjuangannya itu terlibat dalam video seks berkenaan.
“Penampilan fizikal dalam video itu tidak menyamai Aria," tegas Pramono mempertahankan rakannya. Skandal seks melibatkan tokoh-tokoh politik bukan lagi perkara baru di Indonesia biarpun belum ada mana-mana pemimpin yang terlibat dipenjarakan. .
Sumber : Jakarta Post
ZoOm : Dekat seberang pun ada kes macam ini, namun bagi ZoOM sekarang perangai ayam nampak di kaki...tetapi perangai pemimpin hanya mereka yang kenal je tahu.
APA KOMEN ANDA ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis